Untung bersih Mi Technovation meningkat kepada RM21.8 juta pada 2QFY23 | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Mi Technovation meningkat kepada RM21.8 juta pada 2QFY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Untung bersih Mi Technovation Berhad meningkat kepada RM21.8 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 (2QFY23) berbanding RM17.9 juta pada suku yang sama tahun lalu.

 

Kumpulan itu juga merekodkan hasil sebanyak RM84.1 juta bagi suku semasa iaitu penurunan sebanyak 10.2% berjumlah RM9.5 juta, daripada RM93.6 juta pada tahun sebelumnya.

 

Unit perniagaan peralatan semikonduktor (SEBU) menyumbang RM41.3 juta pada suku semasa, mewakili 49.1% daripada jumlah hasil atau peningkatan sebanyak 0.7% tahun ke tahun hasil jualan perkhidmatan dan alat ganti yang lebih tinggi pada suku dalam tinjauan ini.

 

Sementara itu, unit perniagaan bahan semikonduktor (SMBU) menyumbang RM42.8 juta kepada kumpulan dalam suku semasa, mewakili 50.9% daripada jumlah hasil.

 

"Hasil kumpulan bagaimanapun menguncup 18.7% tahun ke tahun daripada RM52.7 juta tahun lepas, disebabkan isu lebihan stok pada pelanggan utama yang menyebabkan permintaan lebih perlahan pada suku dalam tinjauan ini.

 

"Keuntungan operasi tahun ke tahun (OP) Kumpulan merosot sebanyak 35.5% daripada RM11.0 juta kepada RM7.1 juta," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kumpulan itu berkata, walaupun industri semikonduktor berdepan cabaran kompleks namun mereka komited kepada strategi perniagaan jangka panjang sebagai penyedia rumusan komprehensif.

 

"Bagaimanapun, dengan pengenalan platform peralatan didayakan Kecerdasan Buatan (AI) baharu untuk segmen mobiliti, kami menjangkakan sumbangan selanjutnya kepada barisan teratas pada 2023.

 

"Teknologi Pengisihan Berbilang dan Ikatan Laser untuk segmen Pengkomputeran Berprestasi Tinggi (HPC) akan membentuk satu lagi aliran hasil yang ketara pada tahun tersebut.

 

"Usaha berterusan kami untuk menyediakan penyelesaian pelbagai aspek untuk segmen Kuasa dan Automotif dalam industri akan mendorong sumbangannya yang lebih besar kepada hasil keseluruhan Kumpulan," katanya. - DagangNews.com