Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia tawar hidangan berkualiti RM3.50 untuk pelajar IPT - PM | DagangNews Skip to main content

Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia tawar hidangan berkualiti RM3.50 untuk pelajar IPT - PM

Gambar hiasan
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Julai - Kerajaan menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling sebanyak RM3.50 untuk satu hidangan menerusi 'Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia' di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT), bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup dalam kalangan penuntut universiti.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebooknya berkata, kerajaan memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran-restoran koperasi dan kafetaria di IPT serta mana-mana premis penjualan makanan.

 

"Usaha ini bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup kalangan penuntut universiti.

 

"Kementerian Pengajian Tinggi juga memutuskan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha makanan di dalam kampus IPT supaya pengusaha makanan mampu menurunkan harga makanan yang dijual kepada pelajar," katanya.

 

 

pm

 

 

Katanya, pihak kerajaan juga akan berbincang dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) dan Persatuan Pengusaha Restoran untuk membincangkan perincian tentang menu dan harga. - DagangNews.com