Bank Negara dijangka naikkan OPR sebanyak 50 mata asas Julai ini - AmBank Research | DagangNews Skip to main content

Bank Negara dijangka naikkan OPR sebanyak 50 mata asas Julai ini - AmBank Research

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 27 Jun - AmBank Research menjangka Bank Negara bakal meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas (bps) pada mesyuarat Julai ini, menjadikan OPR kepada 2.50%.

 

Ketua Ekonomi/penyelidikan kumpulan, Anthony Dass berkata, pihaknya menjangkakan inflasi berada di antara 2.8% - 3.0% untuk 2022.

 

Menurutnya, dengan purata lima bulan pertama pada 2.4%, untuk mencapai sasaran 2.8%-3.0%, purata tujuh bulan akan datang harus berlegar antara 3.0% dan 3.5 % yang dilihat dalam sasaran.

 

"Purata tahun lepas antara Jun 2021 hingga Disember 2021 ialah 2.8%,” kata beliau dalam laporan itu.

 

AmBank berkata inflasi keseluruhan negara pada Mei 2022 berada pada 2.8% tahun ke tahun (YoY), menjadikan purata inflasi lima bulan pertama kepada 2.4% YoY.

 

Daripada segi bulan ke bulan, harga keseluruhan meningkat sebanyak 0.6%.

 

 

Anthony Dass
                                                 Anthony Dass

 

 

AmBank berkata walaupun harga siling semasa untuk keseluruhan ayam standard ditetapkan pada RM8.90 sekilogram, harga purata untuk ayam pada Jun 2022 ialah RM9.70/kg.

 

"Ini menggambarkan penjual menjual melebihi siling harga sebanyak 9%, yang pastinya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung ke atas inflasi asas keseluruhan isi rumah," katanya, sambil menambah bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan harga siling untuk ayam. tetapi memperkenalkan harga siling baharu.

 

“Kami berharap dengan memperkenalkan semula harga siling baharu untuk ayam, penjual akan dapat menampung harga baharu ini tanpa masih memakan aliran tunai mereka yang mengakibatkan beberapa perniagaan gulung tikar.

 

“Juga dengan mematuhinya, tekanan akan berkurangan secara langsung dan tidak langsung terhadap kos sara hidup isi rumah. Harga wajaran ayam (daging) ialah 2.5% daripada keseluruhan bakul CPI (8.8% daripada keseluruhan makanan)," kata AmBank. - DagangNews.com