Bersedia untuk perubahan ekonomi berbentuk 'V' | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Apa Kata Media Cina - 21 May 2022

BERSEDIA UNTUK PERUBAHAN EKONOMI BENTUK ‘V’

Sin Chew Jit Poh, 19 Mei 2022

 

 

 

MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan akan meneruskan subsidi untuk mengawal kenaikan harga barangan dan harga minyak bagi membantu rakyat mengatasi kesulitan.

 

Beliau turut menegaskan bahawa fenomena kenaikan harga global akan berterusan. Mengapa inflasi global berlaku?

 

1.        Perang Rusia-Ukraine telah menyebabkan negara Barat yang diketuai Eropah dan AS telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia. Sekatan terhadap eksport minyak, gas asli keluli, arang batu dan produk pertanian yang diperlukan, telah mengakibatkan gangguan rantaian bekalan perindustrian dan ‘ketidakseimbangan bekalan dan permintaan’ menyebabkan harga meningkat.

 

2.        Inflasi domestik. Bagi membendung inflasi domestik, AS telah mengumumkan kenaikan kadar faedah. Nilai mata wang global menyusut berbanding dolar AS dan harga barangan import naik mendadak telah mendorong kepada inflasi global. Sudah tentu, Malaysia juga tidak dapat lari daripada kejutan ini.

 

Selain inflasi, perkara yang lebih membimbangkan adalah krisis makanan. Cuaca yang tidak menentu dan musim kemarau yang teruk tahun ini, akan menyebabkan pengeluaran makanan turun dengan mendadak.

 

Baru-baru ini juga, India telah mengumumkan berhenti mengeksport 10 juta tan gandum tahun ini berkuat kuasa serta-merta.

 

Tahun 2022 pastinya tahun yang teruk, serangan wabak, perang, inflasi dan krisis makanan, semua perkara buruk datang serentak.

 

Apabila ‘tuan tanah tidak mempunyai lebihan makanan’, sukar bagi negara miskin melarikan diri daripada kebuluran dan kematian.

 

 

tengku zafrul
                                                                 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul

 

 

Menurut Menteri Kewangan Malaysia, kadar inflasi negara adalah antara 2.2% dan 3.2%, jauh lebih rendah daripada negara jiran seperti Singapura (5.4%), UK (7%), dan AS (8.5%).

 

Tetapi bagi rakyat yang sentiasa ‘waspada’, sangat yakin kadar inflasi negara bukan hanya setakat 2 hingga 3% sahaja. 

 

Sebagai contoh, daging babi naik 5 kali ganda dalam masa kurang setengah tahun, makanan dan minuman naik 15%, makanan basah dan kering juga telah meningkat sekurang-kurangnya 10%.

 

Mengapakah kadar inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding Eropah, AS dan negara jiran?

Ini kerana kerajaan bertungkus lumus membendung harga ‘produk kawalan’ dan petrol terutamanya harga minyak.

 

Jika diabaikan kawalan, kos pengangkutan pastinya akan melambung tinggi dan seterusnya mengundang inflasi yang lebih tinggi.

 

Menurut Menteri Kewangan, subsidi bahan api kerajaan pada Mac sahaja telah melebihi RM4 bilion. Agar rakyat dapat manfaat harga RON95 yang murah dan setakat 9 Mei harganya RM2.05 seliter, menjadikan Malaysia negara ke-11 dengan harga petrol terendah.

 

Pada masa ini, purata harga minyak dunia berada pada RM5.90 seliter. Negara jiran, Singapura RM9.29 dan Thailand RM5.99, mencatat 3 hingga 5 kali ganda berbanding Malaysia.

 

Jadi, dapatkah kita menghalang mereka daripada merentas sempadan untuk ‘mencuri minyak’? Harga petrol paling mahal di dunia ialah RM12.66 seliter di Hong Kong; RM5.20 di AS dan RM8.90 di UK.

 

petrol

 

Namun tiada apa yang boleh kita banggakan kerana kemerosotan kadar tukaran ringgit purata pendapatan tahunan rakyat, kita bernasib baik masih boleh bergantung kepada telaga minyak sendiri untuk bertahan.

 

Menteri Kewangan menjangkakan pertumbuhan ekonomi antara 5.3% hingga 6.3%  tahun ini, dengan KDNK berkembang sebanyak 5% pada suku pertama tahun ini.

 

Bajet pada tahun sebelumnya meramalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6%, tetapi hanya berkembang sebanyak 3.1% pada 2021 dan selepas kemelesetan -5.1% pada 2020, kita belum kembali ke tahap 2019.

 

Walaupun bagaimanapun, kita percaya bahawa kadar pertumbuhan ekonomi tahun ini akan berkembang sepenuhnya pada bulan Mei apabila semua lapisan masyarakat memasuki tempoh pemulihan.

 

Jika bukan kerana inflasi, BNM terpaksa menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% dasar mengetatkan dasar monetari dan kesediaan rakyat untuk membeli akan membantu meningkatkan kadar pertumbuhan.

 

Tetapi jika tidak menaikkan kadar faedah, negara pastinya menghadapi tekanan susut nilai mata wang. Satu lagi yang boleh diharap ialah minyak mentah.

 

Jika harga minyak dikekalkan pada AS$100 setong, Malaysia yang boleh mengeluarkan 600,000 tong sehari dan boleh mencapai pendapatan tahunan AS$21.9 bilion. Ini adalah salah satu faktor yang akan membantu meningkatkan  pertumbuhan ekonomi. 

 

 

irsyad

 

 

Kesimpulannya, kita boleh meramalkan secara optimis bahawa kadar pertumbuhan ekonomi akan melebihi 7% tahun ini.

 

Bagaimanapun bagi rakyat biasa, kenaikan gaji tidak akan dapat mengatasi inflasi.

 

Justeru itu, kerajaan masih perlu bergantung kepada subsidi untuk membendung harga minyak dan harga produk sara hidup rakyat demi membantu meringankan tekanan berat inflasi.

 

Tinggi harapan semua untuk bersama-sama mengatasi kesukaran tahun ini dan menyambut perubahan ekonomi berbentuk ‘V’ pada tahun depan. - DagangNews.com

 

Artikel-artikel ini disiarkan di dalam akhbar Sin Chew Jit Poh 19 Mei 2022 dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini. - DagangNews.com

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL APA KATA MEDIA CINA

Portfolio Tags