Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 24 June 2021

Bersembang mengenai Reformasi dengan Yusuf Islam

 

 

PADA suatu pagi Sabtu, Yusuf Islam mengajak saya jogging di satu taman yang terletak di bandar raya Dubai. Saya bergegas ke rumah Yusuf yang agak jauh untuk mengambilnya dan membawanya ke taman tersebut.

 

Kami bercerita seperti biasa dengan selang seli jenaka. Saya sudah biasa dengan Yusuf dan sudah biasa dengan sembangnya.

 

Yusuf lengkap berpakaian dan berkasut untuk berlari manakala saya hanya dengan seluar panjang. Yusuf mengajak saya untuk berlari bersamanya.

 

Saya akur walaupun kasut tidak sesuai.

 

Semasa berjogging, Yusuf bertanya tentang era Reformasi yang pernah melanda Malaysia. Bertanya apakah saya terlibat dan apakah hubungan saya dengan Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

 

Yusuf tidak menyatakan sokongan kepada sesiapa hanya ingin mendengar cerita saya. Saya tahu Yusuf lebih kepada Dr Mahathir.

 

Saya bercerita tentang kedatangan saya ke Riyadh dan Dubai setelah Reformasi yang mana pihak SB ada menyatakan tiada siapa di Malaysia ingin mengambil kerja kerana saya menentang kerajaan.

 

Setelah dibuang dari TV3, saya terus berangkat ke Riyadh untuk bekerja sebagai konsultan pengurusan pelanggan untuk PrimeNet, sebuah syarikat Internet yang terbesar di Arab Saudi.

 

Kemudian saya menulis dalam majalah online Arab, “Learning From Malaysia Multi Super Corridor Mistake” yang mendapat sambutan. Artikel itu dikongsi ke ribuan pembaca.

 

Kisah mengenai Multimedia Development Corporation yang menawarkan MSC status kepada syarikat termasuk syarikat syarikat global. Pada saya syarikat global seperti Microsoft, Apple, IBM, Oracle dan HP tidak perlu mengisi borang untuk MSC status.

 

Idea saya digunakan oleh Dubai Internet City dengan menjemput mereka dan segalanya diatur.

 

Microsoft misalnya, mengambil satu bangunan 6 tingkat dan sewaan 50 tahun dengan segala lain dibuat oleh Dubai Internet City tanpa soal. Microsoft hanya datang dengan pekerja membawa beg pakaian, semua telah tersedia.

 

Dari artikel itu dibaca oleh sahabat kepada CEO Dubai Internet City, Hamed Kazim yang terus menawarkan saya bekerja tanpa temuduga, hanya panggilan telefon.

 

Saya bercerita penglibatan saya dengan era Reformasi dari persahabatan dengan kawan sama New Zealand, Zulkifli Noordin yang mengajak saya untuk ke rumah Anwar Ibrahim pda malam Anwar dibuang kerja.

 

wainuiomata
ANWAR IBRAHIM menjamu selera bersama penulis.

 

Saya tidak mempercayai segala tuduhan terhadap Anwar walaupun saya bukan orang politik. Dari hari itu, saya seperti mana ahli Reformasi lain terus berkumpul untuk mencampuri politik.

 

Saya pernah berkempen untuk Pas semasa pilihan raya di Rompin, Pahang. Kebetulan saya adalah bekas pemidato terbaik negeri Pahang dan ucapan saya mendapat perhatian.

 

Saya pergi ke mana saja di Rompin dan saya dapat mengagak pihak SB mengikuti dimana telefon saya juga dijejaki. Selepas pilihan raya, SB yang ada di TV3 terus mendekati saya hampir setiap hari sebelum saya dibuang kerja.

 

Yusuf hanya mendengar dengan teliti.

 

Yusuf bertanya apakah hubungan saya dengan Anwar, saya menjawab penentangan saya kerana tuduhan terhadap Anwar dan apa yang diperlakukan yang sukar dipercayai. Saya tiada hubungan dengan Anwar masa itu. Saya hanya mengikuti kumpulan Reformasi di seluruh negara.

 

Saya tidak peduli lagi terhadap kerjaya dengan TV3 dan bersyukur Tuhan melapangkan selama di Riyadh dan Dubai.

 

Yusuf bertanya pendapat saya terhadap Dr Mahathir.

 

Saya memberitahu waktu itu saya masih anti-Mahathir dan ingin beliau dijatuhkan dari kerajaan. Saya juga mula tidak suka pada Umno dan kerajaan kerana banyak kebobrokan. Saya sudah membenci Umno sejak itu.

 

Perbincangan kami berpanjangan hingga tidak sedar jauh perjalanan jogging itu.

 

wainuiomata
DR. MAHATHIR Mohamad (tengah) bergambar bersama Yusuf Islam ketika bertemu di Yayasan Perdana. Penulis di sebelah kanan Yusuf.

 

Apabila tiba sambutan Hari Bapa, Yusuf sempat bermain gitar dan memainkan lagu’ “Father And Son” untuk saya di rumahnya. Saya teruja kerana lagu itu adalah kegemaran saya. Itulah antara kenangan manis.

 

Father And Son - Yusuf Islam (klik di sini untuk Youtube)

 

(Father)
It's not time to make a change
Just relax, take it easy
You're still young, that's your fault
There's so much you have to know

 

Find a girl, settle down
If you want you can marry
Look at me,
I am old, but I'm happy

 

I was once like you are now,
and I know that it's not easy

To be calm when you've found something going on

 

But take your time, think a lot
Why, think of everything you've got
For you will still be here tomorrow,
but your dreams may not

 

How can I try to explain?
'Cause when I do he turns away again

It's always been the same,
same old story

 

(Son)
From the moment I could talk
I was ordered to listen

Now there's a way
and I know that I have to go away

I know, I have to go

 

(Father)
It's not time to make a change (away, away, away)
Just sit down, take it slowly
You're still young, that's your fault (I know)
There's so much you have to go through (I have to make this decision)

 

Find a girl, settle down (alone)
If you want you can marry
Look at me (no)
I am old, but I'm happy

 

(Son)
All the times that I cried (stay, stay, stay)
Keeping all the things I knew inside
It's hard, but it's harder to ignore it (why must you go)
(And make this decision)

 

If they were right, I'd agree,
but it's them they know not me (alone)

Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go.   

 

 

Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

 

BACA JUGA WAINUIOMATA :

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags