Bersiap menyambut kedatangan Dr Mahathir ke Dubai pada 2001 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 11 March 2021

Bersiap menyambut kedatangan Dr Mahathir ke Dubai pada 2001

 

SAYA masih dalam lamunan bila Dr Othman Yeop dan pengurus wanita itu berlalu. Masih terngiang-ngiang di telinga. Dr Mahathir akan melawat Dubai Internet City? Satu sejarah baru untuk saya.

 

Saya teringat tulisan saya yang tular untuk orang-orang Arab dan Timur Tengah, “Learning Malaysia’s MSC mistakes.”

 

Tulisan yang mendapat sambutan hingga CEO Dubai Internet City membaca dan menawarkan kerja kepada saya. Saya menulis sewaktu berada di Riyadh, Arab Saudi dan terus meninggalkan Riyadh untuk menetap di Dubai.

 

Ini adalah berita yang tidak disangka. Waktu itu Februari 2001. Saya masih sibuk dengan 1stdubaiinternetcity dan tugasan daripada Muhammad Gergawi.

 

Tidak boleh bayangkan Dr Mahathir melawat Dubai Internet City pada bulan April 2001.

 

 

TunM

 

 

“You look into his CV, I don’t think we need a consultant!” Ahmad bin Byat bercakap kepada saya. Ahmad mungkin tidak tahu siapa Dr Othman. Ahmad menyerahkan kepada saya untuk membuat pilihan tetapi saya rasa Dubai Internet City tidak memerlukan konsultan atau penasihat. Dubai Internet City mampu untuk berdiri dengan kepakaran yang ada.

 

 

MINGGU LEPAS: Dr Othman Yeop beritahu, Dr Mahathir akan datang melawat Dubai

 

 

Saya masih terasa MDC tidak faham tujuan TV3 sehingga 3 kali memohon untuk menjadi status MSC ditolak. TV3 merancang membina studio digital di Cyberjaya.

 

Sebanyak 3 kali ditolak adalah satu penghinaan bagi saya yang bekerja keras untuk itu menyediakan proposal.

 

Kebetulan pengerusi MDC, Dr Othman Yeop datang untuk bertemu CEO Ahmad bin Byat. Saya rasa mungkin sudah takdir Tuhan apabila Ahmad memanggil saya sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai Internet City.

 

wainouimata
Dr Othman Yeop 

 

Pertama kali bertemu Dr Othman Yeop yang terkejut dengan kehadiran saya. Hanya seorang pengurus bisnes yang masih muda. Tidak layak untuk menilai CV beliau dan mengambil keputusan.

 

Begitulah perkara yang tidak disangka.

 

Ahmad menyerahkan semua emel berkaitan lawatan Dr Mahathir kepada saya.

 

Sebagai orang yang ditugaskan bagi Dubai Internet City untuk lawatan adalah pertama kali. Saya mulanya tidak tahu mahu buat apa.

 

Setelah berfikir, Dr Mahathir bukan sembarangan perdana menteri. Walau hati saya terdetik rasa negatif, tetapi dengan tugas ini saya perlu bersikap positif. Biar berat mana pun pendirian dengan tidak suka, tugas ini perlukan seseorang yang berfikiran positif.

 

Saya pada mulanya pernah berkecimpung dalam politik pada tahun 1995 untuk kawasan Rompin di bawah Jamaluddin Jarjis atau JJ. Sebagai anak Rompin yang berjaya dan bekerja dengan TV3, JJ menjemput saya sebagai calon ketua pemuda.

 

 

wainouimata
                                                  Jamaluddin Jarjis

 

 

Saya pun masuk politik dengan setiap hujung minggu balik ke Rompin untuk memperkenalkan diri. Rompin rasanya adalah daerah terbesar di Pahang, waktu itu ada 100 lebih cawangan

 

Selama tiga bulan saya ulang alik dari Kelana Jaya ke Rompin akhirnya saya mengaku kalah tidak tahan dengan politik.

 

 

wainouimata

 

 

JJ telah menaja saya dengan pemberian wang diberi untuk menampung keperluan. Saya tidak mengambil sesen pun kerana seorang yang ideal. Saya pergi dengan perbelanjaan sendiri bertemu pemuda-pemuda. JJ berkata pakai duit sendiri dulu.

 

Saya tidak tahan apabila pemuda-pemuda yang bersalaman dengan saya berkata, “Kosong saja bersalam!”

 

Saya terkejut dan mengambil keputusan untuk berhenti sahaja sesudah bersalaman dengan ramai pemuda. Lebih senang dan tidak menganggu sesiapa.

 

Pada waktu itu, ada beberapa orang terkejut dengan kedatangan saya dan mula menunjukkan ketidaksenangan. Sudah ada cerita tentang keburukan saya yang saya dengar.

 

Saya tidak biasa dengan politik sebegini. Daripada bertempur, baik saya mengundurkan diri sahaja.

 

JJ mulanya terkejut dengan sikap saya. Tetepi menerima keputusan saya. JJ sentiasa dengan saya kalau di Kuala Lumpur.

 

 

wainouimata

 

 

Saya lebih baik terus bekerja dengan TV3 walaupun saya baik dengan orang kuat pemuda nasional kerana saya bekerja dengan TV3, senang untuk mendapat siaran. Mereka selalu keluar dengan saya dan bertelefon.

 

Saya sekadar mengikut untuk mengetahui sikap orang-orang politik.

 

Oleh itu lawatan Dr Mahathir terus mengingatkan saya yang ingin saya lupakan tentang politik dan reformasi!

 

 

 

Mohd Fudzail Mohd Nor adalah Karyawan Tamu di UniSZA dan telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

 

BACA JUGA WAINUIOMATA : Aktif gerakan reformasi 1999, TV3 buang kerja!!!

dan

Gergawi tanya : Are you on the take?

dan juga

Sheikh al Maktoum bagi tugasan mendadak

 

 

 

 

 

Portfolio Tags