Co-opbank Pertama anjur Hari CBP pada 18 Ogos 2022 | DagangNews Skip to main content

Co-opbank Pertama anjur Hari CBP pada 18 Ogos 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kewangan, produk pembiayaan dijemput hadir ke cawangan Co-opbank Pertama (CBP) di seluruh negara pada 18 Ogos 2022 sempena penganjuran Hari CBP.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk memberi khidmat nasihat berkaitan kewangan, produk dan perkhidmatan perbankan secara percuma kepada orang ramai. 

 

Beliau berkata, dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi yang berlaku pada ketika ini, CBP mengambil inisiatif untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat secara percuma kepada orang ramai berkaitan produk dan perkhidmatan yang sesuai dilanggan oleh masyarakat.

 

“Program yang diadakan ini akan memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat berkaitan produk dan perkhidmatan yang mereka perlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Selain itu katanya, beberapa program telah dirancang seperti perkhidmatan mencuci emas percuma, pemeriksaan kesihatan percuma di beberapa cawangan terpilih dan juga cabutan bertuah untuk pengunjung yang hadir.

 

 

 

cbp

 

 

cbp
Khairil Anuar Mohammad Anuar

 

 

“Oleh itu, saya menjemput orang ramai hadir ke cawangan-cawangan CBP di seluruh negara pada 18 Ogos 2022 ini bermula dari jam 9 pagi sehingga 3 petang bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk dan perkhidmatan CBP," katanya. - DagangNews.com