Astro siar Liga Malaysia 2023 dalam HD mulai 24 Februari | DagangNews Skip to main content

Astro siar Liga Malaysia 2023 dalam HD mulai 24 Februari

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Feb - Peminat bola sepak tempatan boleh menonton pertandingan Liga Malaysia 2023 secara langsung dalam HD di saluran Arena Bola (saluran 803 dan 804) atau secara strim di Astro Go, mulai 24 Februari ini.

 

Astro dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan perlawanan Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, selain para peminat bola sepak boleh menonton sorotan dan siaran ulangan di On Demand. 

 

Katanya, Astro berasa teruja menjadi penyiar rasmi Liga Malaysia, dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai 'Home of Sports', katanya.

 

"Menyedari kepentingan sukan dalam pembangunan sukan negara, Astro komited untuk meningkatkan tahap liputan liga bola sepak tempatan daripada perlawanan secara langsung, latihan di belakang tabir, kemas kini mengenai pemain dan jurulatih, berita bola sepak terkini dan taklimat media sebelum dan selepas perlawanan yang berguna kepada peminat sukan di seluruh Malaysia," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, para pelanggan Astro yang mempunyai langganan 'Pek Sports' dapat menikmati akses segera kepada perlawanan-perlawanan ini dan banyak lagi.

 

"Para pelanggan yang tidak mempunyai langganan Sports yang berminat untuk menonton perlawanan Liga Malaysia boleh mendaftar di https://promotions.astro.com.my/details/ligakita dan menikmati harga pengenalan RM4.99 sebulan," katanya.

 

Katanya, untuk pelanggan baharu Astro yang mahukan akses kepada Liga Malaysia dan sukan terbaik boleh mendaftar untuk pakej Pek Sports dari RM89.99 sebulan iaitu tawaran istimewa selama 24 bulan (harga biasa RM99.99 sebulan).

 

"Pelanggan baharu boleh WhatsApp ‘Get Sports’ ke 03-9543 3838 dan mendaftar untuk Pek Sukan atau untuk pelanggan sedia ada, WhatsApp ‘LigaKita’ di nombor yang sama untuk menambah Liga Malaysia kepada langganan mereka," katanya.

 

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menikmati lebih penjimatan pada Pek Sports melalui https://shop.astro.com.my/sports-pack/details. - DagangNews.com