Kyndryl, penyedia perkhidmatan infrastruktur IT terbesar di dunia dan tersenarai di Bursa New York, mengumumkan penemuan baharu Kajian Transformasi Digital Kyndryl ASEAN 2022 yang dilancarkan baharu-baharu ini, dengan kerjasama firma penyelidikan dan penasihat teknologi Ecosystm.
Kajian tersebut bertujuan untuk menggariskan keutamaan perniagaan utama dan trend teknologi dalam perusahaan ASEAN, termasuk matlamat kemampanan mereka.
Sebanyak 500 pemimpin C-suite telah mengambil bahagian dalam kajian ini di seluruh ASEAN, dan penemuan itu telah mendedahkan bahawa kesedaran terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance - ESG) sedang berkembang pesat di rantau ini dengan beberapa industri sedang mendahului.
Walaupun terdapat tumpuan yang lebih besar terhadap kemampanan, banyak organisasi masih kekurangan strategi holistik dan sedang bergelut dengan cara mengintegrasikan data mereka untuk menetapkan sasaran berasaskan sains, sambil mengemudi cabaran luaran seperti perundangan yang lebih ketat.
Keputusan menunjukkan bahawa walaupun organisasi di ASEAN sedar tentang tanggungjawab mereka untuk mengimbangi kemampanan dan keuntungan, terdapat cabaran lain yang menghalang mereka untuk menetapkan dan mencapai matlamat kemampanan mereka.
Beberapa cerapan utama daripada kajian tersebut yang menyerlahkan keadaan organisasi mampan di ASEAN termasuk:
1. Kemampanan merupakan sebuah Bahagian Penting Keutamaan Perniagaan
Menurut kajian tersebut, 77% daripada organisasi di ASEAN sedang memberi tumpuan untuk menjadi organisasi yang mampan. Mereka didorong untuk membangun dan menunjukkan kesedaran ESG dalam tindakan dan pelaburan mereka, oleh pelanggan, pelabur mereka serta mandat kemampanan kerajaan.
Walaubagaimanapun, banyak organisasi mengejar matlamat kemampanan tanpa sebarang strategi untuk menyokongnya - hanya 23% daripada organisasi di ASEAN mempunyai strategi kemampanan korporat.
2. Organisasi-organisasi Selalunya Kurang Strategi Kemampanan Holistik
Walaupun kebanyakan organisasi sedang memberi tumpuan terhadap peruntukan bajet untuk inisiatif kemampanan, mereka tidak berusaha untuk mengenal pasti kemahiran dan data yang betul yang diperlukan untuk menyokong inisiatif-inisiatif tersebut. Hanya
Hanya 4% daripada organisasi di ASEAN mempunyai sebuah strategi holistik dan sedang memberi tumpuan terhadap cabaran luaran dan di peringkat terakhir seperti merundingkan rangka kerja pelaporan yang tidak jelas.
3. Para Pelanggan dan Pelabur Memacu Usaha Kemampanan
Bertindak balas kepada jangkaan pelanggan telah menjadi kebiasaan bagi setiap perniagaan yang berjaya hari ini – dan ini termasuk kesedaran alam sekitar dan sosial.
Malah, para pelanggan memacu tanggungjawab alam sekitar dan sosial dalam organisasi; dalam kebanyakan kes, lebih banyak daripada peraturan dalam negara-negara tersebut. Ini benar terutamanya di Filipina, Indonesia dan Thailand.
4. Data merupakan Cabaran Utama kepada Inisiatif-Inisiatif Kemampanan
Kajian tersebut mendapati bahawa halangan utama kepada projek kemampanan di ASEAN ialah: 60% kos operasi, 55% ketersediaan data dan 50% kekurangan sumber khusus. Ini mengesahkan bahawa inisiatif-inisiatif kemampanan organisasi masih di peringkat awal.
Dalam dunia dipacu data hari ini, ia berkemungkinan besar bahawa organisasi-organisasi mempunyai akses kepada data yang diperlukan untuk usaha kemampanan mereka. Tetapi selalunya, ia tidak disepadukan dalam strategi data keseluruhan mereka yang membantu mengenal pasti set data yang betul, mengumpul data yang diperlukan merentas semua operasi dan telah membenamkan analitis untuk cerapan yang betul.
5. Industri Media & Telekomunikasi sedang Mendahului Keluk
Walaupun inisiatif-inisiatif kemampanan masih belum matang, sesetengah industri sedang mendahului dengan strategi mereka, dan terutamanya dalam inisiatif mereka. Media & Telekomunikasi dan Tenaga & Utiliti, sebagai contoh, merupakan antara industri yang paling matang memandangkan insentif untuk mengamalkan amalan mampan adalah berkaitan kos dan untuk kelangsungan hidup masa hadapan.
Industri lain yang telah memulakan langkah mesra alam yang lebih kecil juga telah menemui beberapa kejayaan awal dan ini termasuk industri runcit di mana terdapat tumpuan untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam pembungkusan dan memperoleh barangan secara tempatan untuk mengurangkan jejak karbon.
Ketua Pegawai Eksekutif Ecosystm, Ullrich Loeffler berkata, dalam ekonomi hari ini yang telah berkembang, perkaitan dan kejayaan sesebuah organisasi akan diukur dari segi kewangan dan aspek iklim.
Katanya, ia telah mendorong organisasi-organisasi untuk melantik Ketua Pegawai Kemampanan dan menyerlahkan kepentingan kemahiran kemampanan yang semakin meningkat untuk tenaga kerja masa hadapan.
"Penyelidikan ini menyerlahkan bagaimana kekurangan data menghalang perancangan kemampanan organisasi dengan konsisten," kata beliau.
Menurutnya, walaupun kemampanan merupakan sebuah bahagian penting dalam kebanyakan perniagaan di ASEAN, terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membina kecekapan kemampanan dan memahami sepenuhnya perkara yang boleh diakses oleh organisasi data dan mengenal pasti jurang data untuk menyokong matlamat kemampanan korporat.
Pengarah Urusan Kyndryl Malaysia, Joey Mak berkata, memandangkan ASEAN diramalkan menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030, kini terdapat tanggungjawab besar bagi perniagaan di Malaysia untuk mengimbangi keperluan jangka panjang masa hadapan bersih sifar dengan keperluan jangka pendek untuk melindungi garis bawah.
“Saya amat percaya bahawa kejayaan kemampanan terletak pada sejauh mana organisasi boleh mengintegrasikan kakitangan, proses dan teknologinya untuk mencapai matlamat bersama.
"Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu menumpukan perhatian terhadap orang ramai dan menerapkan prinsip kemampanan di semua peringkat budaya organisasi,” ujarnya.
Di Kyndryl, strategi ESG merupakan teras kepada misi organisasi untuk menjadi sebuah syarikat yang dipacu oleh tujuan seperti ini.
Tumpuan strategik Kyndryl adalah untuk terus mengembangkan perniagaan Awannya, untuk membolehkan peningkatan anggaran 22-39% dalam kecekapan tenaga.
Syarikat ini juga akan terus mengembangkan tenaga boleh diperbaharui merentas portfolionya, meningkatkannya kepada 75% dalam beberapa tahun akan datang untuk semua pusat datanya.
Kyndryl mencipta, membina, mengurus dan memodenkan sistem maklumat yang kompleks dan kritikal untuk misi yang digunakan oleh dunia setiap hari.
Lebih daripada 90,000 pekerja Kyndryl melayani lebih 4,000 pelanggan di lebih 100 negara di seluruh dunia, termasuk 75 peratus daripada syarikat Fortune 100. - DagangNews.com