Kerajaan baharu Malaysia mesti mahir V.U.C.A | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 2 December 2022

Kerajaan baharu Malaysia mesti mahir V.U.C.A

 

 

CABARAN utama kerajaan yang baru terbentuk hasil dari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ialah suasana persekitaran dunia kini berada dalam suasana dunia V.U.C.A.

 

Persekitaran ini turut dikenali sebagai “The New Normal”. VUCA adalah merupakan satu suasana ketidaktentuan dan ketidakpastian yang ketara.

 

Tiada apa yang pasti dalam dunia VUCA. Kerajaan yang mentadbir sesebuah negara kini amat sukar membuat perancangan atau jangkaan seperti dulu.

 

Kerajaan-kerajaan terdahulu, mahu pun pemimpin yang mewakili sesebuah kerajaan diajar dan dilatih dengan kemahiran yang tidak mengambil kira situasi VUCA.

 

Kajian menunjukkan kebanyakan pemimpin dunia sekarang tidak mempunyai kecekapan untuk menghadapi dunia VUCA.

 

Maka sebab itulah, pembelajaran mengenai kepimpinan yang diperlukan pada waktu ini seharusnya mempunyai elemen-elemen yang dapat menyediakan pemimpin untuk menghadapi dunia VUCA.

 

VUCA terdiri daripada himpunan perkataan “Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity”.


 

vuca


 

Volatility” atau “Volatile” adalah satu keadaan di mana perubahan berlaku dengan begitu pentas. Contohnya kita mempelajari sesuatu yang kita fikir ia baru dan terkini.

 

Belum sempat kita mengaplikasikannya atau ketika kita sedang mencubanya, apa yang kita belajar itu sudah ketinggalan.

 

Cabaran kerajaan baru ini adalah sehingga tidak mampu mengejar perubahan yang terlalu pantas ini.

 

Uncertainty” pula adalah merupakan satu keadaan yang tidak pasti. Ketidaktentuan. Cabaran kerajaan baru ini juga ialah dalam zaman ini, tidak ada satu perkara pun yang benar-benar pasti.

 

Complexity” pula adalah merupakan keserabutan dunia dan ekonomi sekarang. Dunia kini sangat kompleks.

 

Pihak yang bertanggungjawab langsung tidak dapat mengagak harga komoditi dunia akan jatuh teruk dan banyak di pengaruhi dengan perubahan iklim.

 

Namun pada bila-bila masa ia naik di luar jangkaan kita. Ia melibatkan satu proses yang kompleks.


 

PMO


 

Ambiguity” pula kekaburan ekonomi. Masa depan kini semakin samar-samar. Kabur, contoh analoginya, dahulu kita masih boleh memandu dalam keadaan berjerebu dengan jarak penglihatan sejauh 1 kilometer atau 500 meter. Sekarang hanya 30meter saja.

 

Untuk mendepani keadaan “Volatility” ini, pemimpin yang mewakili kerajaan baru ini perlu mempelajari kemahiran mengurus visi “Vision”. Mereka perlu mempunyai kemahiran meramal dan menangani apa akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan keadaan semasa.

 

Mereka perlu mengamalkan perancangan senario dan memastikan diri mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan terkini.

 

Memahami suatu keadaan dan menjadi sesebuah kerajaan  yang lebih bekerja berbanding banyak bercakap dan hanya memahami sesuatu daripada sudut pandang sahaja dapat membantu mengatasi masalah “Uncertainty”.

 

Mereka tidak lagi boleh sepenuhnya mendominasi mesyuarat parlimen atau apa saja perbincangan. Sebaliknya, pemimpin hari ini perlu lebih banyak mendengar supaya lebih memahami apa yang sedang berlaku di dalam masyarakat.

 

Melalui cara ini mereka akan dapat lebih melihat dan menilai sesuatu perkara daripada setiap sudut dan pendapat. Kemahiran mendengar pula melibatkan beberapa teknik yang perlu pemimpin tahu.


 

Infiniti

 


Mereka tidak lagi boleh menggunakan bahasa-bahasa yang terlalu tinggi atau istilah-istilah bombastik yang tidak difahami oleh orang lain dalam menerangkan sesuatu dasar negara.

 

Mesej perlu disampaikan dengan jelas melalui bahasa yang difahami oleh semua lapisan masyarakat.

 

Bagi menghadapi “complexity”, kerajaan baru ini perlu menggunakan kaedah yang jelas “clarity”.

 

Perlu ada KPI yang jelas, sasaran, “balance score card” dan sebagainya. Skop kerja pihak-pihak bertanggungjawab perlu jelas. Yang paling penting tiada lagi arahan bertindih antara kementerian.

 

Penawar kepada “Ambiguity” pula ialah “agility” yang diterjemahkan melalui kekuatan dan ketahanan minda.

 

Kerajaan baru yang terbentuk pasca PRU15 ini tidak boleh cepat mengeluh dan putus asa, jalan terus dengan hati dan minda yang perlu kuat.


 

Infiniti

 


Persekitaran dunia VUCA adalah merupakan dunia penuh cabaran. Belajarlah jangan sentiasa merungut, jangan gopoh dan jangan cepat panik. Persekitaran dunia sudah cukup VUCA. Jangan ditambahkan lagi.

 

Dalam dunia VUCA, kerajaan yang di bentuk perlu sentiasa ingat yang daya ketahanan adalah merupakan perkara paling penting yang mereka perlu ada.

 

Dulu, hampir semuanya boleh diramal. Kita boleh nampak coraknya. Sekarang tidak lagi. Pada zaman ini, kita seperti berjalan dalam keadaan gelap dan tiada hala tuju.

 

Namun, sesebuah kerajaan itu  tetap perlu menetapkan sasaran mereka dan yakin akan sampai kepada sasaran itu.

 

Perkara-perkara yang dibincangkan ini bukan sahaja penting dalam mentadbir sebuah kerajaan dan negara. Ia juga boleh dijadikan amalan dalam mentadbir sebuah organisasi mahupun sebuah syarikat. – DagangNews.com

 

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

Portfolio Tags