Lebih 70% peserta program bimbingan usahawan RichWorks berusia bawah 30 tahun | DagangNews Skip to main content

Lebih 70% peserta program bimbingan usahawan RichWorks berusia bawah 30 tahun

Datuk Wira Dr Azizan Osman mengendalikan program bimbingan usahawan bertema `Nak Ubah Hidup' di Setia Alam pada 4 Februari 2023. - Gambar RichWorks
Oleh JOHARDY IBRAHIM

SHAH ALAM 6 Feb - Lebih 70 peratus peserta program bimbingan anjuran RichWorks International berusia di bawah 30 tahun, yang merupakan kategori usia tepat untuk dibangunkan sebagai usahawan dalam pelbagai industri.

 

Faktor usia tersebut berkait rapat dengan persoalan masa yang dimiliki kumpulan usia tersebut untuk berdaya tahan dan memiliki tenaga untuk berdepan dengan pancaroba perniagaan.

 

Kumpulan usia ini juga terdedah dengan situasi `miskin bandar' iaitu walaupun memiliki kerja tetap gaji bulanan, masih tidak dapat menampung gaya hidup di bandar.

 

"Ada seorang pekerja bank mengakui dengan gaji bulanan pun dia tidak boleh membuat simpanan disebabkan kos kehidupan tinggi di bandar. Mereka `nak ubah hidup'.

 

"Dengan bimbingan mentor Datuk Wira Dr Azizan Osman, pekerja bank itu dapat mencungkil bakatnya dalam perniagaan dan sekaligus bukan sahaja `ubah hidup' tetapi lebih penting `meningkatkan hidup' dia,'' kata Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd.

 

"Menerusi program RichWorks, Dr Azizan dan para pembimbing membantu para peserta membuka lagi jauh lagi minda dan mengetahui potensi di dalam diri masing-masing," katanya pada sidang media program `Nak Ubah Hidup' di Setia Alam dekat sini pada Sabtu.


 

azizanosman
          Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman

 

 

Program pembuka tirai 2023 bagi Richworks itu disertai lebih 6,000 usahawan dari seluruh negara serta negara jiran.

 

Program tiga hari itu meliputi bimbingan strategi dan panduan pengurusan perniagaan oleh Dr Azizan yang merupakan pengasas RichWorks dan juga Mentor Usahawan.

 

Radz berkata, RichWorks mahu peserta-peserta sedar potensi diri ini meskipun cabaran di luar seperti kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat.

 

Menurutnya, cabaran ini semakin berganda akibat faktor luaran manakala faktor dalaman ekonomi membuatkan ramai orang terhimpit dengan pelbagai masalah.

 

 

richworks

 

richworks

 

richworks

 

 

Pelbagai isu atau senario dihuraikan di dalam program bimbingan RichWorks, misalnya seseorang usahawan mencatat jualan RM1 juta tetapi syarikat masih rugi.

 

"Rupa-rupanya syarikat menanggung kos RM1.2 juta. Ini masalah lazim usahawan. Bab menguruskan kos operasi menjadi igauan. Ini memerlukan bimbingan yang teliti dan sistematik supaya syarikat tidak berterusan rugi," katanya.

 

Di samping itu, Rad menambah, para usahawan atau bakal usahawan yang menyertai program RichWorks sentiasa diberi penekanan mengenai pentingnya membayar cukai atau zakat.

 

"Dengan adanya pembayaran cukai/ zakat, bermakna syarikat melalui proses pengauditan dan ini memberi profil yang bagus kepada syarikat untuk dinilai oleh agensi kerajaan atau institusi perbankan.

 

"Sesebuah syarikat memerlukan bantuan kewangan untuk mengembangkan perniagaan. Jaga bab cukai. Jaga zakat. Bantuan kewangan tidak sukar dimohon kerana sudah ada semuanya kriteria yang dimahukan oleh bank atau agensi kerajaan," jelas beliau.

 

 

richworks

 

richworks

 

 

“RichWorks mempunyai sistem mentorship paling berstruktur sehingga berjaya melahirkan ribuan orang yang berjaya berubah bukan sahaja terhadap bisnes masing-masing malah terhadap kehidupan mereka,” kata Radz.

 

Tambah Radz, peserta-peserta Nak Ubah Hidup akan diberi reset fokus diri agar mereka lebih jelas terhadap potensi dan kemampuan diri. Mereka kemudian kenal pasti matlamat hidup dan halangan kejayaan seseorang dalam ubah hidup.

 

“Misi Dr. Azizan dan RichWorks adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai melalui ilmu dan panduan yang telah terbukti membantu ramai orang sejak RichWorks ditubuhkan pada 2008,” kata Radz.

 

RichWorks juga bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan bangsa usahawan di seluruh negara pada 2023 yang dijangka lebih mencabar, kata Radz.


 

richworks

 

richworks

 

richworks

 

 

Terdahulu, RichWorks dipilih menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan program latihan keusahawanan.

 

RichWorks turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dalam melatih dan membimbing bangsa usahawan dan bakal usahawan secara maya mahupun program secara bersemuka.

 

“Peserta-peserta yang hadir mulai hari ini tiba dari seluruh pelosok negara malah ada yang datang dari Indonesia dan Singapura. Sudah tentu kami ada sesuatu yang istimewa. Kami ingin menyatakan, RichWorks sentiasa menyokong anda (RichWorks got your back) dalam apa keadaan cabaran ekonomi sekali pun kerana di sini lahirnya usahawan jutawan,” katanya.  - DagangNews.com