SEKIRANYA anda ingin mendapatkan sesebuah produk atau perkhidmatan, apa yang akan anda lakukan terlebih dahulu?
Selalunya, anda akan menilai kesemua pilihan yang ada untuk menentukan produk atau perkhidmatan yang mana yang paling menepati bajet dan keperluan anda.
Begitu juga halnya ketika proses mengambil pekerja baharu. Proses perkenalan antara calon dan syarikat sebenarnya bermula sebelum mereka memohon kerja tersebut lagi. Perjalanan calon, yang merujuk kepada proses pencarian kerja yang dilalui oleh para calon tidak harus diambil remeh.
Di setiap tahap perjalanan calon, perekrut dan pengurus pengambilan pekerja akan berinteraksi dengan calon dalam cara yang boleh memberi kesan terhadap pengalaman, sikap, dan tingkah laku mereka.
Nancy Pollack menekankan kepentingan mencipta pengalaman calon yang positif dalam artikelnya yang diterbitkan di laman Glassdoor. Mengikut data di laman tersebut, 72% pencari kerja telah melaporkan pengalaman negatif semasa mencari kerja. Hal ini boleh menjejaskan nama baik sesebuah syarikat tersebut dan menghalang pemohon-pemohon lain daripada mencuba nasib di syarikat tersebut.
Untuk mendapatkan bakat yang terbaik, penting untuk kita fahami bagaimana calon-calon berinteraksi dengan syarikat sepanjang proses temuduga mereka. Evolusi Perjalanan Calon Sepanjang 20 tahun yang lalu, telah banyak pencapaian dalam bidang sumber manusia (HR).
Sebelum kewujudan internet dan sosial media, perekrut bergantung kepada rujukan daripada para pekerja dan lembaga kerja untuk mencari pekerja. Setelah calon yang berpotensi dikenal pasti, sejumlah masa yang besar dihabiskan untuk berinteraksi dengan para calon tersebut.
Proses menemuduga, menilai, dan membuat keputusan ini kadang-kadang mengambil masa sehingga berminggu-minggu ataupun berbulan-bulan.
Hari ini, perekrut dan pengurus pengambilan pekerja mempunyai akses ke pelbagai alatan teknologi HR, tambahan lagi dengan kemajuan Kecerdasan Buatan (AI) dan digitalisasi, yang membuat perjalanan calon menjadi lebih mudah, lebih cepat, dan lebih menyenangkan.
Kini, HR mampu memberikan impak yang lebih besar ke atas tumbesaran dan pembangunan sesebuah organisasi dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding dahulu.
Dalam masa yang sama, para calon pula mungkin menonton video-video TikTok mengenai sesebuah syarikat dan mengkaji mengenai syarikat-syarikat tersebut di platform media sosial lain.
Setelah itu, mereka juga mungkin akan mengambil bahagian dalam pesta kerjaya dalam talian, berkomunikasi dengan perekrut melalui aplikasi dalam talian, melalui temuduga video, ataupun temuduga maya dengan pengurus pengambilan pekerja yang berada di lokasi-lokasi berlainan.
Jelas bahawa tidak mudah untuk mencipta dan melancarkan matlamat penjenamaan syarikat anda, dalam pasaran digital yang penuh persaingan ini.
Matlamat HR dicapai melalui lanskap teknologi pada hari ini bukan sahaja dipenuhi dengan ramai persaingan serta terpecah-pecah, malah terdapat pelbagai alatan yang dicipta untuk menyelesaikan masalah yang serupa ataupun hampir serupa, dan untuk mengintegrasikan setiap alatan ini adalah tidak mudah.
Sekarang adalah masanya untuk menjadikan automasi sebagai alatan holistik untuk mengurus masa kita yang terhad dengan lebih baik, berbanding dengan melakukan segalanya sendiri, termasuklah tugasan remeh dan berulang.
Apabila digunakan dengan sebaiknya, automasi boleh menambah baik kecekapan dan keberkesanan aliran kerja.
Automasi proses-proses kerja dengan strategik dan tepat dapat meringkaskan dan menambah baik proses kerja untuk perusahaan, syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME), pemilik perniagaan, dan para pekerja.
Tanpa mengambil kira kecelikan digital, penggunaan teknologi akan meningkat sekiranya ia diringkaskan untuk memudahkan pengguna memahaminya.
Tambahan lagi, penyelesaian teknologi tidak perlu digunakan secara besar-besaran, apa lagi sekiranya ia melibatkan aktiviti-aktiviti besar, rumit, dan mahal.
Pelbagai penyelesaian digital tersedia di pasaran, termasuklah untuk perniagaan kecil dan syarikat-syarikat pemula, tidak kira bajet dan tahap ketersediaan digital mereka.
Oleh itu, Talbotiq Technologies Sdn Bhd (Talbotiq), sebuah penyedia Platform Automasi Pengambilan Pekerja untuk industri HR telah membangunkan TaliQOne, sebuah platform semua dalam satu yang dikuasakan AI untuk digunakan para pengamal HR dalam mencari penyelesaian ideal yang merangkumi keseluruhan kitaran hidup pencarian bakat, dan disokong oleh pengalaman mereka yang luas serta pemahaman yang mendalam mengenai industri HR.
Dengan mengautomasikan keseluruhan proses pengambilan pekerja dan mengumpul serta menganalisis data kesemua pengguna platform tersebut, daripada CEO ke Pengarah Sumber Manusia dan para pekerja, TaliQOne memudahkan para pemilik perniagaan untuk membuat pilihan yang bijak dan optimal dengan lebih cepat semasa proses pengambilan pekerja.
Para pengamal HR juga boleh mencipta pengalaman perjalanan calon penemuduga yang positif dengan menggunakan alatan teknologi HR yang tepat, membolehkan mereka fokus kepada para pekerja mereka.
Akhir sekali, apabila memikirkan tentang kerja di masa hadapan dan bagaimana teknologi memberi kesan terhadapnya, perlu diingat bahawa bagaimana ia direka dan bagaimana ia mampu dipadankan dengan aliran kerja merupakan kunci kepada pengalaman pengguna. - DagangNews.com