Rizab antarabangsa BNM kini berjumlah AS$114 bilion setakat 15 Mac 2023 | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM kini berjumlah AS$114 bilion setakat 15 Mac 2023

KUALA LUMPUR 22 Mac - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.0 bilion pada 15 Mac 2023, dan kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali daripada jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$101.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion).

 

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM614.08 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM500.06 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.29 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.77 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM72.81 bilion).


 

parafrasa

 


BNM menambah, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM158.77 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.43 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM209.32 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.52 bilion), deposit lain (RM37.93 bilion), kertas Bank Negara (RM7.87 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti lain (RM3.92 bilion). - DagangNews.com