TNB buka dua stesen pengecas EV mudahkan pengguna di lebuh raya | DagangNews Skip to main content

TNB buka dua stesen pengecas EV mudahkan pengguna di lebuh raya

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Jan - Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuka stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) yang dikenali sebagai 'TNB Electron' di dua kawasan rehat dan rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka  (arah utara) dan R&R Paka, Terengganu (arah utara).

 

TNB menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, stesen pengecas itu dibuka untuk tempoh ujian perintis mulai 20 Januari 2023.

 

"Pengguna EV kini boleh menguji pengecas #TNBElectron 2x90kW kami secara percuma semasa mengembara di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur. 

 

"Pengaktifan pengecas adalah dengan menggunakan aplikasi mudah alih GO-TO-U. Pengecas #TNBElectron kami beroperasi 24 jam," katanya.

 

Katanya, pengguna boleh memuat turun aplikasi GO-TO-U di telefon pintar melalui Google Play Store atau Apple App Store. 

 

 

tnb

 

 

tnb

 

 

BACA JUGA: TNB, Gamuda Land bina Stesen Electron sedia kemudahan pengecasan EV

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://www.tnbx.com.my/ev-charging-platform. - DagangNews.com