XOX, Negeri Sembilan Football Club Sdn. Bhd. teroka kerjasama dalam aktiviti komersial dan pemasaran | DagangNews Skip to main content

XOX, Negeri Sembilan Football Club Sdn. Bhd. teroka kerjasama dalam aktiviti komersial dan pemasaran

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Feb - XOX Berhad menerusi anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Negeri Sembilan Football Club Sdn. Bhd. (NSFCSB) bagi meneroka perniagaan dalam skop aktiviti komersial, termasuk pemasaran dan pengurusan sukan.

 

NSFCSB ialah pemilik kelab bola sepak Negeri Sembilan sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Negeri Sembilan, Malaysia.

 

"MOU itu berkuat kuasa bermula 17 Februari 2023 melainkan ditamatkan mana-mana pihak secara bertulis dan dimaklumkan kepada pihak terjejas atau jika perjanjian selajutnya diteruskan, ia akan ditamatkan secara automatik," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

MOU itu tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar XOX. 

 

Kerjasama itu juga dijangka tidak mempunyai sebarang kesan segera yang ketara ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat dan/atau orang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan. - DagangNews.com