Kisah Cinta Agung | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 22 April 2024

KISAH CINTA AGUNG

 

 

PADA zaman dahulu, ibu saya ada menceritakan jika ingin berkenduri nikah kahwin, persiapan akan berjalan lebih kurang setahun.

 

Hasil padi disimpan untuk perbelanjaan, kepok diambil dari pokok, untuk membuat tilam dan perhiasan bilik pengantin, segala hiasan sulaman tekad dan baju pengantin mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan. 

 

Kita lihat dalam buku Hikayat Melayu, upacara perkahwinan selalu disebut-sebut memulakan sesuatu hikayat.

 

Contohnya Hikayat Merong Mahawangsa bermula dengan al-kisah Geroda menceritakan hal, “Hamba dengar warta Raja Rom ada menaruh seorang anak laki-laki dan Raja Benua China ada menaruh seorang anak perempuan. Maka datanglah Raja Rom itu hendak meminang anak Raja Benua China. Konon akan rupa kefua anak raja itu teramat eloknya, tiadalah bandingannya akan rupa keduanya itu.”

 

Begitu juga dengan Hikayat Malim Deman dan lain lain Hikayat Melayu seperti Awang Sulong Merah Muda dan kisah seperti Makyong Dewa Muda serta kisah Wayang Kulit seperti kisah Maharisi Burung Jerijit. Ada saja pengajaran dan keindahan disebut-sebut. 

 

Kesemuanya menceritakan kebahagiaan dan cabaran dihadapi di alam perkahwinan. Kisah Panji Semirang contohnya menceritakan kisah cinta agung Raden Inu Kertapati dan Galuh Cendera Kirana. 

 

 

iktisad

 

 

Semoga semua pasangan anak muda hari ini mengambil iktibar dari kisah cinta agung sebegini. Yang lipur. Yang lara. Yang indah belaka.

 

***

 

Pada musim perayaan ini, anakanda kami Jaf Reen Narissia Inas dan pasangannya, Khairul Anwar selamat diijabkabulkan di Dusun Tua Ulu Langat, di satu suasana kampung yang begitu nyaman. Khairul dan Inas dinikahkan oleh ayahanda Inas sendiri Jaf Faizal Jalaluddin. 

 

Bayangkan di bawah mentari pagi, burung berkicauan, sepasang rama-rama terbang semasa akad nikah dilafazkan. 

 

Kompang bergema pusaka bangsa 
Gamelan Melayu oleh anak muda 
Hadir kesemua sanak saudara 
Kami menyambut penuh gembira

 

Majlis diserikan dengan alunan gamelan, tarian silat oleh adindanya Naquessia Irani dan Hanizah dari Akar Seni Malaysia - kami sekeluarga pun mengambil peluang bermain gamelan. 

 

 

hikayat

 

 

Alhamdulillah, pasangan ini merancang majlis perkahwinan mereka dengan begitu terperinci dibantu adik beradik (dan pasangan masing-masing) serta rakan sekerja dan sahabat rapat.

 

Memang ia satu majlis begitu indah, mengambil kedua-dua budaya yang mencorakkan kehidupan baru mereka, Melayu dan Portugis, budaya bangsa yang mencerminkan negara kita yang tercinta. 

 

 

hikayat

 

 

Petikan ucapan saya di hari perkahwinan Inas dan Khairul:

 

Bonda Puan Kamariah Jaafar
En  Zulkifli Tony Abdullah dan Puan Rohani Kechik
Bonda dan ayahanda Pengantin Khairul 
Bonda Tok Mek dari Kelantan
Keluarga dari Klang 
Keluarga dari Kelantan
Keluarga yang jauh dan dekat

 

Puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah melimpahkan rahmat dan kurniaNya, sehingga kita dapat hadir dan berkumpul di Ulu Langat. Tak lupa, selawat serta salam kita sampaikan kepada junjungan kita, nabi besar Muhammad Salluualallahu'ailaihi wasallam dan para sahabat. 

 

Kehidupan ini dicorak detik-detik bersejarah.  Kenangan dari detik-detik berharga ini menjadikan kehidupan ini begitu bermakna. 

 

Saya masih ingat, saya menelefon Kedutaan Arab Saudi 28 tahun yang lalu untuk memilih nama bayo yang sesuai ketika telah tujuh bulan berbadan dua. Saya begitu mengkagumi wanita paling anggun, Inez de la Fressange, dari House of Chanel, Paris  dan meminta nama yang sesuai. 

 

Pegawai kedutaan itu mencadangkan nama  Inas. Dalam Bahasa Arab, Inas bermakna “Teman Setia”. Ia mencerminkan seseorang yang Berkebolehan, Senang Bergaul, Gemilang, Cemerlang dan mempunyai kekuatan yang terserlah. Bertuahnya Inas begitu menjiwai namanya. 

 

 

hikayat

 

 

Saya juga masih ingat hari Inas dilahirkan, satu pengalaman yang agak mudah.  Alhamdulillah. Dari saat Inas dilahirkan, Inas sumber inspirasi - dia begitu melindungi keluarganya, terutama adik beradiknya Kak Long Iman, Iessa, Irani, Iris, Ilena, Ikesha, dan Iskandar. 

 

Inas seorang yang begitu berbakat, dan majlis ini adalah hasil bakatnya  yang meminati seni dan budaya. Pada usia 11 tahun, Inas bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek. Dan ia berjaya sehingga bekerja di sebuah firma arkitek tersohor di Kuala Lumpur. Selepas tiga tahun, dia memutuslan, arkitektur tidak lagi sesuai bagi dirinya dan menukar kerjaya sebagai seorang Seni reka UXUI - arkitek perisian komputer. 

 

Terimakasih pada semua yang menjadi sebahagian dari hidup Inas. 

Bonda saya, Tok Wan Dan Adik Beradik Saya

Suami dan Daddy Inas, Rudy Daud yang begitu menyayangi anak-anak sepenuhnya. 

 Abah dan Ibu Inas, Jaf Faizal dan Irma. 

Adik beradik dari dua keluarga yang saling menghormati. 

 

Keluarga Jogjakarta Inas Datuk Mahyudin Al Mudra, pengasas Balai Kajian Melayu, Ibu Cecelia dan Pak Satar.  Uztad dari Acheh yang mengajar Inas membaca Al-Quran. Keluarga dan tenaga pengajar KLPAC. Cikgu biolanya, Teacher Iko dan Arwah Samsuddin Lamin. 

 

Zazoo rakan setia. 

Keluarga Barunya dari Klang. 

Terima kasih kerana Mengalu-alukan Inas ke keluarga anda.  

Saudara Barunya. Dari Rizal. Lewy. Adib. 
 

Dan mereka yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga keluarga kami yang terus membesar. 

Dan Khairul. Saya pernah bertanyakan, siapa lah yang dapat memahami jiwa dan jati diri puteri ini. 

Namun secebis pemberian dari  Tiara Jacquelina telah menentukan pertemuan Inas dan Khairul. Terima kasih Tiara. 

Hari ini Inas begitu tenang, disayangi. Terima kasih Khairul. 

 

 

hikayat

 

 

Buat kedua-dua pasangan ini, jalinkan saat bahagia. Hadapi cabaran bersama.  

 

Jangan lupa segalanya datang dari Allah SWT. Yang manis. Yang susah itu untuk peringatan, cabaran itu membawa pengajaran. Dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan. 

 

Mak doakan kebahagian dan rahmat buat Inas dan Khairul selalu. - DagangNews.com

 

Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : ninotaziz@gmail.com
 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

tnb

 

Portfolio Tags