Doktorpreneur – Pemacu Industri Kesihatan Masa Hadapan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
MULANYA DI SINI - 7 March 2022

Doktorpreneur – Pemacu Industri Kesihatan Masa Hadapan

 

 


 

Oleh Dr. Nora Julianna Osman
Oleh Dr. Nora Julianna Osman

 

DOKTORPRENEUR ialah terma baru yang diperkenalkan dalam kalangan ahli profesional kesihatan.

 

Doktorpreneur adalah ahli profesional kesihatan termasuk doktor, jururawat, ahli farmasi dan individu di dalam industri kesihatan yang telah menceburi bidang keusahawanan dan innovasi.​

 

Kini tugas ahli profesional kesihatan tidak terhad kepada merawat pesakit. Seorang doktorpreneur bertanggungjawab untuk membangunkan perkhidmatan kesihatan melalui proses kreativiti dan inovasi.

 

Doktorprenuer juga perlu bangkit untuk mencipta produk dan perkhidmatan baru bagi memenuhi keperluan pesakit.

 

Membangunkan produk dan kaedah yang lebih baik yang memaksimumkan sumber dan mengurangkan pembaziran.

 

Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk atau perkhidmatan yang lebih baik pada nilai yang lebih optimum.

 ​

Inovasi kesihatan telah mendapat perhatian di seluruh dunia. Reformasi industri kesihatan memerlukan ahli profesional kesihatan untuk bekerja melangkaui tugasan tradisi.

Mereka perlu mengubah cara berfikir dan bekerja seperti usahawan. 

 

Pertubuhan Kesihatan Dunian (WHO) menjelaskan bahawa inovasi kesihatan mampu meningkatkan kecekapan, keberkesanan, kualiti, kelestarian, keselamatan dan kebolehmampuan kos penjagaan kesihatan.

 

Ia boleh dicapai dengan pembaharuan polisi kesihatan, amalan, sistem, perkhidmatan, produk dan teknologi yang akan menambahbaik proses penjagaan kesihatan.


 

Profesor Madya Dr Fazah Akhtar Hanapiah
Profesor Madya Dr Fazah Akhtar Hanapiah mencipta Medical Rehabilitation Virtual Reality (MRVR).

 

Di antara produk inovasi kesihatan adalah Reality Maya (VR) di dalam rawatan rehabilitasi yang dimajukan oleh Profesor Madya Dr Fazah Akhtar Hanapiah untuk pesakit angin ahmar. 

 

Manakala, pengunaan teknologi Kepintaran Buatan (AI) oleh saintis Google Health di dalam mesin Computed Tomography (CT) scan bagi mengesan kanser ternyata lebih cekap, tepat dan menjimatkan.

 

Pembedahan Robotic “DaVinci Surgical System” menginterpretasikan pergerakan tangan pakar bedah untuk melakukan pembedahan yang rumit melalui pembedahan laparoscopi. Pembedahan dapat disempurnakan dengan cepat.

 

Pembedahan Robotic juga terbukti mengurangkan kesakitan selepas pembedahan dan mengurangkan tempoh rawatan di hospital. 

 

Penggunaan teknologi  ‘3-D Printing” untuk menghasilkan prosthetic, implant dan airway stent yand kostum kepada individu dapat menambah keselesaan kepada pesakit dan prestasi alatan lebih baik.


 

Dr Prathaban Raju



Inovasi perkhidmatan kesihatan iaitu “Door2 Door Doctor’’ diasaskan oleh Dr Prathaban Raju di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan ke rumah pesakit.

 

Kolaborasi di antara doktor perubatan dengan profesional daripada pelbagai bidang termasuk jurutera, saintis, programmer, ahli akademik akan dapat bergabung tenaga untuk menghasilkan produk yang menyelesaikan pelbagai kemusykilan perubatan.

 

Matlamat utama inovasi kesihatan adalah untuk memenuhi keperluan rawatan untuk individu dan masyarakat umum melalui perlaksanaan sistem kesihatan yang lebih optimum.

 

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh sistem kesihatan negara kita.

 

Inovasi kesihatan dapat menghasilkan penambahbaikan polisi kesihatan dan perkhidmatan, sekaligus meningkatkan proses perawatan, kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat, aktiviti penyelidikan dan capaian untuk rawatan kesihatan.

 

Semoga lebih ramai doktorprenuer dapat dilahirkan bagi mencapai matlamat ini demi masa depan yang lebih sempurna. - DagangNews.com

 

Dr. Nora Julianna Osman adalah Koordinator Keusahawanan Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED), Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL KOLUM MULANYA DI SINI  

Portfolio Tags