Golongan berusia 55 tahun ke atas penuhi 432 kekosongan kerja | DagangNews Skip to main content

Golongan berusia 55 tahun ke atas penuhi 432 kekosongan kerja

Pencari kerja

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Pencari kerja bagi golongan yang berusia 55 tahun ke atas berjaya memenuhi 432 kekosongan kerja sepanjang tempoh dua minggu pertama 2021.

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, kekosongan kerja tersebut diperoleh meskipun golongan pada usia berkenaan dilihat sukar ditawarkan peluang pekerjaan oleh majikan

 

"Berdasarkan pemerhatian di portal MYFutureJobs, ramai pencari kerja yang berusia 50 tahun dan ke atas mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baharu kerana kebanyakan majikan memberi keutamaan kepada pekerja muda yang lebih bertenaga dan bersemangat.

 

"Namun begitu, seramai 432 pencari kerja dalam kumpulan berumur 50an dan 60an telah berjaya memperoleh pekerjaan sepanjang tempoh dua minggu pertama tahun ini menerusi bantuan SIP Perkeso," jelas Perkeso dalam laporan SIP penempatan pekerjaan mengikut umur hingga 15 Januari 2021 yang dikeluarkan hari ini.

 

Berikut merupakan pecahan umur dan jumlah pencari kerja yang berjaya;

.

 

 

Tambah Perkeso, pihaknya turut menggalakkan semua pencari kerja daripada kumpulan umur tersebut agar tidak berputus asa.

 

"Menariknya, program PenjanaKerjaya 2.0 turut menyediakan latihan upskilling dan reskilling kepada mereka yang diambil bekerja oleh majikan untuk membantu meningkatkan kemahiran. 

 

"SIP Perkeso bersedia untuk membantu semua pencari kerja tanpa mengira usia. Sila layari https://eiscentre.perkeso.gov.my atau https://myfuturejobs.gov.my untuk maklumat lanjut," ujar Perkeso. - DagangNews.com