Harga ayam di pasaran tidak diapung, harga siling baharu diumumkan - PM Ismail Sabri | DagangNews Skip to main content

Harga ayam di pasaran tidak diapung, harga siling baharu diumumkan - PM Ismail Sabri

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

 

Ismail Sabri berkata, harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

 

"Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sebelum ini Dr Ronald memaklumkan, kerajaan memberi amaran kepada pemain industri ayam supaya tidak menjadikan harga yang diapungkan bermula 1 Julai ini sebagai pesta harga sehingga membebankan rakyat.

 

 

pm

 

 

Katanya, walaupun kenaikan harga ayam melebihi harga kawalan ketika ini tidak dapat dielakkan, namun kerajaan akan memastikan ia ditetapkan pada harga munasabah. - DagangNews.com