Skip to main content

HLIB jangka sektor perladangan catat penurunan didorong beberapa faktor termasuk fenomena La Nina

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Jun - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan sektor perladangan bakal mencatatkan penurunan namun masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya.

 

Firma itu berkata ada beberapa faktor yang menjadi pendorong kepada penurunan itu termasuk hasil pengeluaran yang agak mengecewakan di Malaysia selain kemungkinan kehadiran semula fenomena La Nina (cuaca panas) untuk tahun ketika berturut-turut menjelang September 2022. 

 

"Perkara-perkara itu dijangka memberi kesan kepada penghasilan kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia.

 

"Pada masa sama, ia juga dilihat akan menjejaskan tanaman kacang soya di negara-negara Amerika Selatan khususnya di Brazil," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, perbezaan harga sebanyak AS$400 (RM1,762) bagi satu tan untuk minyak sawit mentah (MSM) kepada minyak kacang soya akan membantu merangsang minat belian.

 

"Kami mengekalkan saranan 'overweight' untuk sektor ini dan mengekalkan ujuran msm untuk 2022 hingga 2024 sebanyak RM5,500/RM4,500/RM4,500 bagi setiap tan.

 

"Sebagai pendedahan, kami meminati pemain bersepadu seperti Kuala Lumpur Kepong Berhad (beli; TP: RM32.43) dan  IOI Corp Berhad (beli; TP: RM5.07).

 

"Berbanding pemain huluan yang lebih tylen, pemain bersepadu lebih cenderung untuk memberikan prestasi kewangan yang lebih stabil di tengah-tengah trend harga produk sawit yang tidak menentu," katanya. - DagangNews.com