Hotcatspreneur: Program Pastry Coffee & Chat galakkan sertai keusahawanan bakeri | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
MULANYA DI SINI - 31 January 2022

Hotcatspreneur: Pastry Coffee & Chat

Oleh Ts Dr NORADZHAR BABA

 

 

PENGHASILAN dan penjualan produk berasaskan roti, kek dan pastri atau lebih dikenali sebagai bakeri merupakan salah satu industri terpenting dalam sektor perniagaan berteraskan makanan di Malaysia.

 

Industri penghasilan produk berasaskan bakeri ini dilihat semakin pesat berkembang serta dinamik dan merupakan salah satu industri yang penting dalam sektor pemprosesan dan penghasilan makanan yang dapat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Malaysia.

 

Kepelbagaian jenis produk bakeri yang dihasilkan akan mendapat permintaan yang tinggi dan menarik minat masyarakat di seluruh negara.

 

Selain daripada roti, kek dan pastri, biskut juga merupakan salah satu daripada produk bakeri.

 

Pelbagai jenis produk bakeri berasaskan roti yang dikeluarkan di pasaran pada masa kini, contohnya adalah seperti roti baguette, roti perancis, roti ban, roti focaccia, roti putih, roti gandum penuh dan lain-lain.

 

Begitu juga dengan produk berasaskan daripada kek contohnya seperti kek span, kek mentega, kek fondan, kek keju dan lain-lain.

 

Sejajar dengan permintaan yang tinggi dan menggalakkan daripada warga kampus UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam terhadap produk bakeri, pelajar daripada program Sarjana Muda Sains dengan (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari semester 3 daripada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan telah mengadakan satu program pada setiap semester pengajian yang dinamakan Pastry Coffee and Chat.

 

 

masmed
Pelajar Pengurusan Seni Kulinari semester 3 yang menyertai program Pastry Coffee and Chat.

 

 

Program Pastry Coffee and Chat ini dijalankan adalah untuk bagi melengkapkan silibus di dalam subjek HTC520 – Pastry and Confectionery Techniques.

 

Secara umumnya, program keusahawanan pelajar Pastry Coffee & Chat ini merupakan satu aktiviti yang berkonsepkan jualan makanan yang berasaskan bakeri.

 

Program ini dijalankan dibawah seliaan Maria Mohd Salleh, Hamizad Abdul Hadi dan Dr. Faradewi Bee A. Rahman.

 

 

masmed

 

 

Di dalam program ini para pelajar didedahkan dengan pelbagai aspek dari segi mendedahkan pelajar-pelajar kepada aktiviti keusahawanan, melahirkan pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam memikul tanggungjawab yang diberi dan mempraktikkan nilai kerjasama berkerja secara berpasukan melalui aktiviti keusahawanan yang dijalankan. - DagangNews.com

 

Ts Dr Noradzhar Baba adalah Koordinator Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED), Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

 

 

Portfolio Tags