PELAN MITIGASI RISIKO AKTIVITI ANTARABANGSA AHIBS
PENULIS adalah Ketua di Jabatan Strategi dan Pengurusan Risiko di Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Mandat utama yang dipertanggungjawabkan adalah menyokong matlamat UTM dengan memastikan penjajaran strategik dan mengurus risiko dengan berkesan antara AHIBS dan UTM.
Inisiatif srategik utama AHIBS adalah untuk mencipta keunggulan global untuk menyokong Keutamaan Strategik 8 UTM dalam Pelan Induk - enVision 2025.
Mandat Pelan Induk yang diberikan adalah untuk mencapai akreditasi AACSB yang merupakan satu proses berprestij dan ketat yang menonjolkan tahap kualiti dan kecemerlangan tinggi dalam pendidikan perniagaan yang diiktiraf oleh Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) International.
Oleh yang demikian, pengenalpastian risiko penting untuk mengenal pasti, mendokumentasikan dan memahami potensi risiko atau ancaman yang boleh menjejaskan misi dan visi serta organisasi, projek atau aktiviti yang dirancang.
Tindakan perlu diambil untuk mengenal pasti risiko bagi mencapai matlamat dan objektif strategik yang ditetapkan oleh AHIBS.
Dengan mengenal pasti dan mendokumenkan semua risiko secara sistematik, AHIBS berjaya membangunkan rangka kerja strategi pengurusan risiko untuk mengurangkan, memindahkan, menerima atau mengelakkan risiko.
Pendekatan proaktif ini meningkatkan keupayaan AHIBS untuk mengharungi cabaran dan mencapai objektifnya sambil meminimumkan potensi kesan negatif.
Minggu lepas penulis berbincang tentang risiko aktiviti antarabangsa AHIBS.
BACA Risiko Umum dan Risiko Unik dalam Pengurusan Kewangan
Salah satu risiko utama AHIBS adalah memenuhi kriteria untuk nisbah pelajar dan tenaga pengajar antarabangsa dengan keupayaan untuk menarik individu pengajar berkaliber tinggi dari seluruh dunia demi mencerminkan perspektif global dalam sistem pembelajaran.
Ini akan memupuk suasana multinasional yang bertenaga, membina koloberasi antarabangsa dan kesedaran global.
Penulis telah mewujudkan pelan pengurangan risiko untuk aktiviti pengantarabangsaan untuk AHIBS yang melibatkan aktiviti mengenal pasti potensi risiko yang berkaitan dengan pengembangan atau operasi di pasaran global, serta membangunkan strategi untuk mengurus atau mengurangkan risiko ini.
Antara pelan yang meliputi kategori risiko adalah mengkaji risiko undang-undang dan kawal selia dengan menilai undang-undang, peraturan dan keperluan akreditasi tempatan dalam pasaran antarabangsa yang disasarkan.
Strategi mitigasi yang diguna adalah dengan melibatkan pakar undang-undang tempatan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang pendidikan, perniagaan dan buruh.
Di samping itu, pengwujudan perkongsian dengan universiti atau badan pendidikan tempatan lain dapat menyelaraskan proses akreditasi.
Risiko kewangan yang melibatkan naik turun kadar pertukaran mata wang, kadar inflasi, sumber pembiayaan dan kos operasi di pasaran antarabangsa juga telah dikaji dan ia perlu disemak dan dikemaskini secara berkala.
Ini adalah untuk mengesan yuran serta bayaran yang kompetitif daripada pelajar luar negara.
Strategi mitigasi yang dicadangkan adalah menyediakan pembiayaan daripada pelbagai sumber, termasuk geran antarabangsa, perkongsian atau rangkaian alumni.
Sesi kesedaran dalam perancangan kewangan dan belanjawan yang mantap dengan keadaan luar jangka untuk turun naik mata wang diadakan, termasuk mengambil perlindungan dari takaful atau insurans untuk melindungi potensi kerugian kewangan akibat kejadian atau kemalangan yang tidak dijangka.
Risiko budaya juga dikaji. Pemahaman perbezaan budaya dan norma masyarakat di negara atau wilayah sasaran adalah perkara lazim yang harus diharmonikan.
Latihan sensitiviti budaya untuk tenaga pengajar dan staf dalam konteks antarabangsa adalah wajib.
Penulis juga mendapatkan pandangan dan bekerjasama dengan universiti atau institusi tempatan untuk mendapatkan pandangan budaya dan mewujudkan hubungan dengan komuniti tempatan.
Usaha menggabungkan perspektif antarabangsa ke dalam pembangunan kurikulum untuk memastikan perkaitan budaya sedang diusahakan.
Kenal pasti kepada cabaran logistik dan infrastruktur di lokasi antarabangsa, termasuk infrastruktur IT, kemudahan dan kakitangan adalah berkaitan dengan risiko operasi.
UTM telah pun menubuhkan pejabat atau kampus tempatan dengan sumber dan kemudahan yang sesuai seperti membangunkan infrastruktur IT yang teguh dan langkah keselamatan untuk melindungi data-data yang sensitif.
Tidak ketinggalan, rancangan luar jangka untuk gangguan operasi, seperti bencana alam atau ketidakstabilan politik antarabangsa juga telah dibuat.
Bila menyebut tentang politik, risiko politik juga penting untuk dikaji. Menganalisis kestabilan politik dan dasar kerajaan dalam pasaran antarabangsa yang disasarkan perlu dikemas kini secara berkala terutama apabila berlaku sesuatu situasi besar di persada antarabangsa, seperti serangan Israel ke atas Gaza.
Pemantauan perkembangan politik dan wujudkan saluran komunikasi dengan pihak berkuasa tempatan atau wakil diplomatik kena ada termasuk membangunkan strategi keluar atau pelan kontingensi sekiranya berlaku pergolakan politik.
Ini termasuk memastikan keselamatan tenaga pengajar dan pelajar melalui protokol yang ditetapkan dan nasihat perjalanan.
Reputasi penting. UTM merupakan memegang status research university di Malaysia. Oleh yang demikian, pertimbangkan bagaimana aktiviti antarabangsa boleh memberi kesan kepada reputasi UTM perlu diambilkira.
Antara mitigasi yang diambil adalah dengan membangunkan pelan komunikasi yang kukuh untuk berkongsi faedah pengantarabangsaan dengan pihak berkepentingan termasuk mengwujudkan mekanisme maklum balas untuk pelajar dan para tenaga pengajar untuk mengemukakan cadangan tambah nilai atau mencadangkan penambahbaikan.
Antara aktiviti yang digalakkan adalah penglibatan AHIBS dalam aktiviti sayang komuniti dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membina reputasi positif UTM.
Akhir sekali ialah berkaitan dengan risiko kesihatan dan keselamatan dengan mengenal pasti risiko kesihatan dan keselamatan yang mungkin muncul seperti wabak atau krisis kesihatan awam seperti COVID-19.
Mitigasi yang sesuai seperti melaksana panduan asas untuk perjalanan antarabangsa dan operasi kampus serta mengwujudkan garis panduan yang jelas untuk mengendalikan kecemasan kesihatan amat perlu.
Pemantauan trend kesihatan global yang berkala dilaksana dengan sewajarnya.
Pada penulis, pelan pengurangan risiko untuk aktiviti pengantarabangsaan melibatkan pendekatan komprehensif yang menangani risiko perundangan, kewangan, budaya, operasi, politik, reputasi dan kesihatan dan keselamatan.
Dengan mengurus risiko ini secara proaktif, AHIBS boleh meningkatkan kehadiran globalnya sambil memastikan keselamatan dan kejayaan dalam mencapai visi dan misi mereka. - DagangNews.com
Dr Razli Ramli adalah Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) UTM dan juga Felo Adjung Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF) di UIAM
KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL IKTISAD