Ingkar SOP petunjuk jelas isu ego individu di zaman COVID-19 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 14 May 2021

Ingkar SOP petunjuk jelas isu ego individu di zaman COVID-19

 

‘Kita Raya Norma Baru’ sememangnya ada perasaan sedih dan kecewa bila bercerita tentang sambutan hari raya, tiada lagi sambut hari raya bersama mak, ayah dan keluarga di kampung tapi kenapa sedih?

 

Semua ini kita lakukan demi mereka dan demi rasa kasih sayang yang tiada tandingnya. Khabar  jangkitan COVID-19 telah menjadikan situasi itu kritikal. Jangan jadikan COVID-19 menumpang kita untuk terus sebarkan penyakit itu. Kita perlu lebih berhati-hati. Lihatlah sebagai bukti yang amat ketara iaitu peristiwa  jangkitan COVID-19 di India.

 

Bagaimana untuk kenalkan kepada diri sendiri tentang kejadian konflik yang tercetus di dalam diri disebabkan oleh tekanan keadaan persekitaran?  Maka tindakan diri sendiri lebih kepada membuat bantahan berdasarkan asas dan bukti masih tidak kukuh, sedangkan pihak berkuasa telah menyatakan bahawa tindakan dilaksanakan itu adalah satu langkah untuk memberi  ruangan terbaik dan  luas di masa akan datang tetapi tidak mahu difahami.

 

Kewujudan permasalahan ini diperkatakan berasal daripada amalan etika di dalam diri sendiri, yang tidak faham bagaimana untuk membuat keputusan. Keputusan diluahkan tetapi keputusan di ambil tanpa fikirkan keberhasilan dan kesan kepada keadaan semasa.

 

Konflik di dalam jiwa perlu disedari oleh setiap individu sebagai contoh terlalu ramai ahli perniagaan marah kerana beberapa tindakan mengejut dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menghalang penyebaran COVID-19 berleluasa lagi.

 

Ahli perniagaan kecewa disebabkan ruangan untuk berniaga di bazar, pasar malam dan pasar-pasar mini tergendala dan perlu ditutup. Mereka mempersoalkan modal, pendapatan, perbelanjaan untuk ahli keluarga dan hutang. Kecewaan ini pasti ramai yang bersimpati dan cuba membantu namun apa yang perlu diperkatakan sekiranya kejadiaan COVID-19 itu adalah satu serangan maut yang boleh mengakibatkan impak ekonomi dan negara kita lumpuh dalam sekelip mata.

 

Maka itu, takut akan berlakunya sebegini tindakan berjaga-jaga perlu dilaksanakan, peratus terbesar yang menolong menghapuskan dan menghalang penyebaran COVID-19 adalah dengan mematuhi SOP dengan jujur.

 

 

covid
TAPAK pembakaran mayat mangsa COVID-19 di India terpaksa dibuka 24 jam berikutan peningkatan bilangan mangsa korban pandemik tersebut di negara tersebut. Gambar dirakam 4 Mei 2021.

 

 

Konflik dan ketandusan kefahaman tentang penyebaran jangkitan COVID-19 itu tidak diterima dengan jelas oleh sebahagian individu. Mereka hanya menyatakan  ketandusan pendapatan dan bagaimana mendapatkan hasil pendapatan. Ini kerana mereka hanya bergantung kepada bidang perniagaan.

 

Oleh kerana keadaan tidak diduga maka individu ini harus kreatif dalam mencari arah untuk berniaga dengan cara  terkini, bukan saja ‘Kita Raya Norma Baru’ tetapi ‘Kita Berniaga juga Norma Baru’

 

Peniaga harus faham mengenai serangan COVID-19 dan berusaha mengguna kaedah perniagaan yang lain bagi mendapatkan pulangan terbaik.

 

Individu tidak akan marah sekiranya mereka mempunyai ruang, tempat dan pengetahuan bagaimana  untuk berniaga di waktu serangan COVID-19 ini melanda. Terlalu banyak kaedah yang dapat dilaksanakan bagi tujuan perniagaan atau menyampaikan pesanan dan apakah jenis perniagaan yang perlu dipilih.

 

Kesemua jenis perniagaan ini sudah ada jelas maklumat dan bagaimana untuk melaksanakan jenis-jenis perniagaan tersebut. Dengan ini setiap individu perlu berusaha lebih untuk mempelbagaikan kecekapan diri bagi mendapatkan pulangan yang banyak supaya hati diri tidak kecewa dengan hasil jualan.

 

Sekiranya satu ketika dulu, malam hari raya adalah malam paling menguntungkan kerana puluhan ribu manusia membanjiri mana-mana tapak perniagaan tanpa mengira  cuaca panas atau hujan, orang ramai berpusu-pusu membeli dan para peniaga teruja dan gembira dengan keadaan sebegini.

 

Walau bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku lagi di kala ini kerana kehidupan kita dikelilingi oleh risiko mereka yang `pembawa’ COVID-19, mereka yang senang terjangkit oleh COVID-19, yang tidak peduli jangkitan COVID-19 dan mereka ini adalah penyumbang tegar kepada kehidupan sambung menyambung si COVID-19 yang pantas menjangkiti semua orang di serata tempat.

 

Keadaan ini perlu kita elakkan dengan tiada lagi ‘shopping’ di malam raya, ini tidak bermakna raya tidak seronok, dan tidak juga para peniaga akan rugi kerana tidak dapat pulangan sepatutnya. 

 

Para peniaga kena berusaha dengan lebih kuat lagi,  berniaga dengan kaedah baru iaitu berniaga secara maya atau berniaga ‘online’ daripada rumah di malam raya.

 

Susun atur cara berniaga sebegini memerlukan permulaan masa yang panjang kerana hasil pujuk memujuk kepada pembeli amat rumit kerana jualan secara  ‘online’ memberi masa kepada para pelanggan berfikir panjang sebelum membeli.

 

Namun bagaimana sekiranya ahli perniagaan tidak mahu untuk menggunakan kaedah pemasaran yang berlainan dan masih lagi mengharap duduk depan kedai dan tunggu pelanggan datang?

 

Sekiranya masih mengguna pakai kaedah tersebut, maka akan kurang para pelanggan untuk singgah membeli dan janganlah merungut sekiranya bilangan pelanggan tidak ramai. Ini kerana para peniaga sudah membuat pilihan sendiri untuk tidak mencari cara yang kreatif dan berkesan bagi tujuan memburu pelanggan tanpa bertembung dengan ‘si COVID-19’.

 

Bagaimanakah dengan premis perniagaan kini, adakah orang ramai masih mematuhi S.O.P yang digariskan seperti:

 

S.O.P / buku rekod

Telah digariskan oleh pihak kerajaan kesemua aktiviti perniagaan haruslah mengikuti kaedah SOP yang betul, apakah contoh yang dapat diperkatakan bahawa setiap individiu sudah bosan untuk mengikuti SOP sewaktu memasuki kedai-kedai pilihan mereka.
 

Sebagai contoh.

  1.    Buku rekod masuk ke premis perniagaan : Keadaan buku rekod masuk sudah tidak dicatatkan dengan tulisan dan ejaan nama yang jelas.
  2.    Ada ruangan semakan suhu itu tidak diperhatikan oleh pekerja premis maka pelanggan dapat menggelakkan diri untuk merekodkan suhu yang ada.

 

Kegagalan mengamalkan sistem S.O.P seperti ini telah memberi satu ruangan yang luas dan bebas kepada COVID-19 untuk berterusan berterbangan dan singgah kepada individu persekitaran.

 

 

dewi
Sebahagian peniaga menunggu ketibaan pengunjung untuk membeli produk fabrik yang dijual dan keadaan bertambah buruk apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjejaskan ekonomi peniaga setempat ketika tinjauan peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. FOTO AIZUDDIN SAAD

 

S.O.P/ penjarakan  1 meter

Perhatikan keadaan semasa, setiap individu seolah lupa yang penjarakan 1 meter daripada indivdiu yang lain itu perlu diikuti, tetapi perlakuan untuk menjarakkan 1 meter daripada satu sama lain itu tidak dia berat lagi.

 

Adakah mereka sudah bosan untuk melaksanakan penjarakan 1 meter tersebut dan adakah mereka sudah tidak yakin bahawa melalui penjarakan 1 meter itu dapat menyelamatkan diri daripada jangkitan dan justeru serangan COVID-19?

 

 

S.O.P/ perhimpunan beramai-ramai, majlis dan keramaian

Apabila sudah wujud individu yang sudah tidak mengambil kisah mengenai buku rekod, penjarakan 1 meter malah mengadakan pula perhimpunan beramai-ramai, majlis dan keramaian, keadaan ini menjadikan keadaan bertambah kritikal dan COVID-19 berterusan menyerang kepada mereka yang tidak kisah dan menjangkit kepada mereka yang telah sekian lama berhati-hati.

 

Tiga situasi  yang menjadikan S.O.P semasa itu seolah-olah tidak diambil kisah.

Rekod buku, penjarakan 1 meter dan perhimpunan beramai-ramai, majlis dan keramaian yang tidak dipatuhi amat jelas menyatakan bahawa individu di tempat tersebut:

  1. Sudah bosan untuk mengikuti garis panduan S.O.P
  2.  Mereka masih tidak faham apakah sebenarnya panduan S.O.P
  3. Mereka sudah faham tetapi bosan untuk laksanakan panduan S.O.P dengan terperinci
  4. Sudah ada konflik ego di dalam diri sendiri.

 

 

Konflik  Ego

Persoalan yang amat jelas berlaku di masyarakat kita iaitu kita tidak patuh S.O.P dan kita masih pandang lewa mengenai kesan dan serangan COVID-19.

 

Huraian ini telah jelas menyatakan kegagalan atau gagal dalam menjadikan S.O.P itu salah satu benteng dalam membantu menghalang serangan COVID-19.

 

Persoalan seperti adakah premis perniagaan itu menyemak buku rekod masuk dengan terperinci, dengan memastikan tulisan para pelanggan jelas, adakah pelanggan mengguna pakai gelaran nama yang betul dan nombor telefon yang  betul, atau ruangan buku rekod  penuh diganti baru dan rekod lama dibiarkan atau dibuang di dalam tong sampah.  

 

Adakah penjarakan 1 meter itu tidak dapat dilakukan kerana sudah ada terlalu ramai  bilangan manusia di tempat tersebut, maka dapat dinyatakan bahawa  menjaga jarak  fizikal 1 meter itu sudah tidak diamalkan dengan sempurna. 

 

Begitu juga dengan tidak sentiasa menggunakan pelitup muka dengan betul sebagai contoh, meletakkan pelitup muka di bawah dagu.       

 

dewi

 

Keadaan ini dapat diperkatakan sebagai satu permasalahan atau konflik dihadapi oleh individu itu sendiri. Konflik Ego sudah wujud di dalam diri di mana konflik ego ini diamalkan oleh seorang individu bagi mempertahankan ego, kepercayaan dan keyakinan masing-masing.

 

Tiada bacaan yang jelas dapat kita nyatakan wujudnya konflik ego ke atas diri individu,  namun dengan perwatakan individu  tidak mematuhi S.O.P sedangkan mematuhi S.O.P itu adalah satu benteng untuk menghalang serangan COVID-19 kepada masyarakat setempat.

 

Contoh kritikal mengenai konflik ego iaitu konflik ego yang dialami oleh masyarakat di negara India telah menjadikan COVID-19 berkuasa hebat dan menyerang mereka.

 

Setiap individu harus faham permasalahan yang kita hadapi kini bukan satu cerita dongeng didengar dan tiada tindakan susulan.

 

Tindakan susulan itu bukan saja daripada pihak kerajaan tetapi tindakan susulan itu perlu dilaksanakan oleh diri sendiri, kenali diri sendiri dan susun atur semula kaedah perniagaan dan bagaimana untuk mendapatkan pulangan terbaik dengan cara yang lain, terbaik dan sesuai dengan keadaan semasa.  

 

Lirikan mata dipasang bagi mendapatkan apakah amalan individu dan premis perniagaan, dapat dirungkaikan bahawa individu setempat dan premis perniagaan makanan, pakaian dan pelbagai jenis perniagaan masih lagi tidak menyatakan kesungguhan untuk menghalau ‘si COVID-19’.

 

Mereka seolah0olah masih lagi bagi memberi ruang kepada ‘si COVID-19’ untuk bersembunyi dan berterusan menyerang. Adakah ‘kita bantu diri kita’ atau ‘kita bantu COVID-19 menyerang kehidupan kita’? Fikirkan….

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

  1. Sesi motivasi diperlukan bagi pekerja yang berubah sikap akibat COVID-19
     
  2. Dunia online menghakis kehebatan nilai bakat individu
     
  3. Formula huraikan isu individu dalam mematuhi SOP COVID-19
     
  4. Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati
     
  5. Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja
     
  6. Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan
     
  7. Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri
     
  8. Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang
     
  9. Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja
     
  10. Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?
     
  11. FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA
  12. Apa yang penting? KERJASAMA !

  13. AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

  14. Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
  15. Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

  16. TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
     
  17. Golongan belia hamba kepada hutang
     
  18. Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
     
  19. Pertahankan amalan berbudi bahasa
     
  20. Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
     
  21. Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
     
  22. BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
     
  23. Kaum hawa semakin tidak beradab?
     
  24. ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?
     
  25. Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
     
  26. The benefits of knowing your own talent
     
  27. Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
     
  28. Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

Portfolio Tags