Skip to main content
DagangNews.com
Kolum Apa Kata Media Cina - 11 June 2022

ISU EKSPORT: APA LANGKAH KERAJAAN?

Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pao & Kwong Wah Yit Poh 9 Jun 2022

 

 

 

ISU kekurangan bekalan ayam telah menekan loceng penggera jaminan keselamatan bekalan makanan negara.

 

Ketiadaan bekalan ayam mula serius sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri, tambahan pula dengan serangan wabak 2 tahun lepas, pengeluaran bekalan ayam mula berkurangan berikutan tekanan kos penternakan.

 

Oleh kerana daging ayam bukan pantang larang kepada semua kaum, maka ayam telah menjadi sumber protein yang paling penting dan permintaan produk makanan ini juga adalah sangat tinggi.

 

Gangguan bekalan ayam bukan sahaja menjejaskan pengguna pasaran domestik, tetapi juga pengguna di negara jiran.

 

Baru-baru ini, kerajaan mengambil langkah menghentikan eksport ayam dan meningkatkan pengeluaran, dijangkakan bekalan dan permintaan akan mencapai keseimbangan.

 

Namun, masalah ‘harga ayam’ tetap ada dan disebabkan oleh had harga juga,   penternak pula yang akan berdepan kerugian.

 

Akibatnya, bekalan ayam domestik tidak meningkat dan tempahan eksport juga mengalami kerugian.

 

 

ayam

 

 

Walaupun larangan ditarik balik kelak, negara yang mengimport terutamanya Singapura akan meragui pembekal Malaysia kerana bimbang berulang ancaman sehingga mengganggu perniagaan mereka.

 

Singapura perlu mengekalkan hubungan baik dengan Malaysia, negara jiran terdekat. Tetapi kerajaan Malaysia sentiasa memalukan negara jiran sama ada secara sengaja atau tidak.

 

Contohnya isu bekalan air yang telah menjadi kontroversi berpanjangan dan sering menjadi bahan sindiran sinis bekas PM, Tun Dr. Mahathir, menjadikan Singapura mula rasa tidak selesa.

 

Jika dasar sesebuah negara mengabaikan perancangan jangka panjang, pasti akan membawa kemudaratan yang besar kepada rakyat terutamanya komoditi eksport.

 

Oleh kerana bentuk muka bumi, Malaysia paling mudah untuk mengeksport daging ayam mentah ke Singapura.

 

Walau bagaimanapun, arahan kerajaan telah mengubah persekitaran, dan Singapura pastinya akan memberi amaran kepada perniagaan tempatan bahawa bekalan ayam hidup adalah lebih baik dan perlu berhati-hati dengan kejutan negara jiran.

 

Selain memberi cadangan untuk mengubah permintaan bekalan ayam sejuk beku daripada negara yang jauh sedikit seperti Thailand.

 

 

apa

 

 

Malaysia sering memandang ringan bekalan eksport dan perjanjian import eksport antara negara juga sering dipersoalkan oleh rakyat.

 

Larangan eksport bekalan kali ini benar-benar mengabaikan perasaan negara pengimport, kerajaan harus berhati-hati menanganinya agar tidak lebih rugi.

 

Sebenarnya, banyak sekatan luar negara terhadap eksport negara yang perlu diambil perhatian terutamanya yang berkaitan dengan tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG), sikap berahsia kerajaan dan industri.

 

Contohnya beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa kastam Amerika Syarikat (AS) telah menyekat import sarung tangan getah daripada syarikat Malaysia yang melibatkan pelbagai tuduhan eksploitasi buruh.

 

Syarikat-syarikat besar bersedia melantik jawatankuasa penyiasat bebas untuk memberi penilaian yang adil dan membetulkan kesilapan mengikut cadangan jawatankuasa itu. Usaha untuk mendapatkan pelepasan kastam Eropah dan AS.

 

Begitu juga sektor minyak sawit negara yang kerap ditentang oleh Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) kerana isu ESG.

 

Kita tahu bahawa AS atau Eropah bersifat perlindungan terhadap minyak masak. Jika bekalan dan perahan minyak sawit tinggi maka tanpa disedari ia akan mengancam bekalan minyak kacang soya atau minyak bunga matahari.

 

sawit

 

 

Oleh demikian, AS dan Eropah sengaja membuat tentangan. AS juga adalah negara yang paling hebat menyalahkan eksploitasi buruh.

 

Sebagai contoh, ramai peniaga coklat di Amerika Utara telah mengharamkan produk minyak sawit Sime Darby.

 

Kita berharap kerajaan atau pengeluar domestik utama seperti Sime Darby dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan  membuat pembelaan secara terbuka, jika tidak rakyat yang tidak tahu akan menganggap peniaga sawit tempatan bermasalah.

 

Oleh kerana minyak sawit menyumbang bahagian yang sangat penting dalam eksport negara, kerajaan harus berusaha untuk mempromosikan faedahnya supaya AS dan negara-negara Eropah tidak berterusan mengelirukan perniagaan dan rakyat di dalam atau luar negara.

 

Berbalik kepada isu bekalan ayam, beberapa penganalisis  berpendapat larangan eksport untuk menstabilkan bekalan domestik, bukan sahaja akan membawa reaksi berantai kepada pengguna di rantau ini, memburukkan lagi panik pasaran dan juga menjejaskan pembangunan industri penternakan ayam tempatan.

 

Data menunjukkan bahawa eksport tahunan ayam mentah negara meningkat daripada 40.19 juta pada tahun 2007 kepada 50.08 juta pada tahun 2020, membawa pertukaran asing yang besar kepada kerajaan.

 

Selepas kerajaan menetapkan harga siling RM8.90 sekilogram ayam pada awal tahun ini, banyak perniagaan sebenarnya bergantung kepada jualan eksport untuk mengimbangi jualan domestik yang tidak menguntungkan atau merugikan.

 

 

apa

 

 

Ketika dunia diserang wabak COVID-19 dan terjejas akibat perang Rusia-Ukraine, bekalan makanan global menjadi tidak seimbang dan inflasi tidak mungkin akan hilang dalam jangka masa pendek.

 

Tiada sesiapa mahu berniaga untuk rugi dan kini kerajaan pula mahu penternak ayam beroperasi tanpa keuntungan.

 

Mengelar penternak ayam sebagai tamak tidak akan menambah baik pasaran sebaliknya lebih ramai yang akan bertukar kepada perniagaan lain.

 

Berdepan dengan krisis bekalan, kerajaan lebih menumpukan perhatian untuk mencari kambing hitam.

 

 

Romance of the Three Kingdoms

 

 

Ibarat tindakan Cao Cao memenggal kepada Wang Hao (pegawai yang menjaga bijirin) dalam novel Romance of the Three Kingdoms.

 

Hanya dapat menyelesaikan masalah untuk sementara waktu tetapi penangguhan yang lama mencetuskan rungutan yang lebih besar.- DagangNews.com

 

Artikel-artikel ini disiarkan di dalam akhbar Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pao dan Kwong Wah Yit Poh 9 Jun 2022 dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini. - DagangNews.com

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL APA KATA MEDIA CINA

Portfolio Tags