Kenanga Investors dilantik sebagai pengurus Dana Wakaf Bencana | DagangNews Skip to main content

Kenanga Investors dilantik sebagai pengurus Dana Wakaf Bencana

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad (dua dari kiri) dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay (tengah) menyaksikan menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kenanga Investors Bhd, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan MATCH Foundation, baru-baru ini.

 

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 18 Nov - Kenanga Investors Berhad (Kenanga Investors) dilantik sebagai pengurus dana bagi Dana Wakaf Bencana iaitu dana bantuan kecemasan yang diwujudkan bagi membantu mangsa yang terkesan akibat bencana dan perubahan iklim serta pandemik.

 

Kerjasama di antara Kenanga Investors bersama Yayasan Waqaf Malaysia (pentadbir wakaf) dan Yayasan MATCH yang bertindak selaku agensi pengagihan akan memastikan dana yang dikumpulkan akan dilabur serta diagihkan berdasarkan prinsip wakaf.

 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors, Ismitz Matthew De Alwis berkata, pelantikan tersebut dibuat berdsarkan rekod serta pencapaian mereka dalam bidang pengurusan dana serta pengalaman dalam pengursan aset-aset wakaf melalui Dana Al-Ihsan yang dilancarkan April lalu.

 

"Kami berbesar hati dilantik sebagai pengurs Dana Wakaf Kecemasan kerana ia sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan hasrat kerajaan terhadap kecekapan yang lebih tinggi dalam pengurusan wakaf. 

 

"Kami gembira untuk memberikan sokongan kepada institusi wakaf dengan cara mewujudkan struktur tadbir urus dana kecemasan melalui perkongsian strategik yang akan menyaksikan penggunaannya di kawasan yang memerlukan," katanya selepas majlis menandatangi Memorandum Persefahaman dana itu, baru-baru ini.

 

Majis itu dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay.  

 

Dana berkenaan akan menerima sebahagian daripada RM10 juta yang diperuntukan dalam Bajet 2022 sebagai dana pemula dan dana yang diterima daripada pelabur akan dilaburkan ke dalam dana borong yang diwujudkan Kenanga Investors selaras dengan struktur yang dicadangkan.

 

Pendapatan yang diperoleh akan diagihkan kepada pelabur dan Yayasan Waqaf Malaysia. Selepas itu sebahagian daripada peratusan dana itu akan diperuntukan kepada Yayasan MATCH untuk disalurkan kepada komuniti yang memerlukan.

 

Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan (FCDO) melantik PwC Malaysia sebagai perunding bagi aspek Kewangan Sosial Islam yang melaporkan keperluan mewujudkan dana kecemasan untuk melindungi nyawa dan mata pencarian golongan yang terjejas akibat bencana.

 

FCDO, di bawah bidang kuasa Pesuruhjaya Tinggi British, menjalankan Program Perkhidmatan Kewangan dan Harta Intelek (Program) untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi dengan menangani isu kemiskinan dalam membangunkan negara-negara Asia Tenggara. 

 

“Program merupakan usaha antarabangsa dan beroperasi di enam buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand serta Vietnam dan ia menyediakan bantuan teknikal kepada Tahun 1 Malaysia dalam program Prosperity ASEAN Economic Reform melalui enam aliran kerja, iaitu FinTech, Piawaian Perakaunan, Harta Intelek, Antipenggubahan Wang dan Jenayah Kewangan, Pasaran Modal, dan Kewangan Islam. 

 

“Kenanga Investors menyedari betapa pentingnya sebuah syarikat dipacu oleh pertimbangan dan matlamat ESG, dan tanggungjawab sosial merupakan aspek utama agenda tersebut. 

 

"Menjadi tanggungjawab kami, bagi pihat pemilik aset, untuk menjana impak alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang positif menerusi pelaburan mereka," kata De Alwis.-Dagangnews.com