Kita tinggalkan PUSAKA atau PUAKA? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 24 August 2020

 

 

wa


 

Kita tinggalkan PUSAKA atau PUAKA?

 

Bunyi tajuk saya minggu ini macam kasar. Sayalah orang pertama di Malaysia yang menggunakan tajuk ini dalam ceramah-ceramah saya semenjak 22 tahun yang lepas dengan tujuan utama untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat betapa pentingnya mereka merancang harta dan menguruskan pusaka.  

Ramai yang menghentam saya ketika itu kerana tajuk ini terlalu keras dan biadap kata mereka. Namun itulah sebenarnya hakikat yang berlaku. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam penulisan saya sebelum ini, teknik penulisan saya di dalam portal Dagang News ini akan bersifat kritis. Jika ada yang menerima dengan hati terbuka Alhamdulillah. Jika ada yang tidak mahu menerima, terserahlah itu pilihan anda. Saya hanya menyatakan hakikat yang berlaku dalam urusan penghartaan di Malaysia. Kita mempunyai hak untuk berbeza pendapat.
 

ariffin


Umat Islam di Malaysia sama ada meninggalkan pusaka atau puaka. Inilah terma yang saya gunakan dalam menggambarkan sama ada harta pusaka yang ditinggalkan itu membawa baroqah kepada waris yang ditinggalkan atau harta pusaka itu menjadi fitnah dan ujian kepada waris yang ditinggalkan. 

Apa yang saya maksudkan dengan pusaka? Pusaka yang saya maksudkan ialah harta pusaka yang bila ditinggalkan oleh simati dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni di kalangan waris. Urusan pusaka itu mudah kerana ada waris atau pihak profesional yang mengambil tanggungjawab dan inisiatif untuk bersusah-payah melalui semua proses dokumentasi dan proses perundangan bagi menuntut harta pusaka itu seberapa segera yang boleh Selepas kematian pemilik harta.

W
aris-waris lain juga bekerjasama penuh dengan memberikan semua bentuk dokumentasi yang diperlukan dan bersedia meluangkan masa hadir semasa bicara pusaka. Semasa bicara berjalan, waris-waris dapat pula bermuafakat dengan baik bagaimana harta nak diagihkan sama ada secara muafakat atau mengikut hukum faraid. Kos pengurusan pusaka pula tidak membebankan waris kerana dikongsi bersama atau ditanggung oleh pihak profesional.

Selepas proses bicara kuasa selesai dan harta pusaka selesai diturun milik kepada waris-waris yang dipersetujui, tiada perasaan tak puas hati atau dendam sesama waris. Mereka boleh berkumpul, bergurau-senda, bermesra dan sama-sama berdoa untuk roh arwah ibu atau bapa. Hubungan silaturrahim juga semakin rapat selepas itu.  Walaupun harta pusaka telah diagih, sentiasa ada perasaan tolak-ansur dalam penggunaan harta atau menikmati manfaat harta.

Inilah yang saya maksudkan sebagai pusaka.
Harta pusaka yang ditinggalkan oleh simati menjadi asbab pengukuhan silaturrahim sesama waris dan menjadi punca kasih sayang mereka semakin rapat. Harta ini menjemput baroqah dari Allah SWT untuk semua waris-warisnya. Banyak atau sedikit harta pusaka itu tidak menjadi isu sebaliknya baroqah harta pusaka itu yang kita kejar sebagai pemilik harta.

A
pa pula yang saya maksudkan dengan puaka?
Inilah adalah harta pusaka yang menjadi punca kepada perbalahan dan putusnya silaturrahim di antara waris. Urusan pusaka menjadi sangat susah kerana tiada sesiapa yang sudi mengambil inisiatif menguruskannya. Waris tidak mahu bertolak ansur dalam menanggung kos pengurusan pusaka. Jika adapun pihak profesional yang dilantik untuk membantu proses pengurusan pusaka ini, mereka tidak boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik kerana tiada kerjasama diberikan waris. 

 

was


Tambahan pula waris sibuk bergaduh sesama sendiri siapa yang sepatutnya dapat bahagian yang lebih, siapa yang paling banyak berbakti kepada ibu bapa dan siapa yang paling disayangi ibu bapa.

A
da kes yang saya jumpai ayah sudah meninggal dunia lebih 10 tahun tetapi tidak nampak  jalan penyelesaian untuk harta pusakanya kerana anak-anaknya tidak boleh duduk semeja. Bila waktu hari raya masing-masing sambut di rumah sendiri tanpa menziarah atau berkumpul untuk bertahlil dan berdoa bagi ibu bapanya. Kalau terserempak di apa-apa majlis, mereka tidak bertegur sapa malah memandang ke arah lain.  

Harta pusaka yang ditinggalkan berjuta-juta tetapi harta itu tidak dapat diwarisi atas sebab perbalahan waris dan selama 10 tahun, waris-waris tidak dapat apa-apa manfaat dari harta itu. Harta ini menjadi fitnah yang besar kepada pemilik harta yang telah mati dan kepada waris-waris. Rugi betul.

Inilah yang saya maksudkan sebagai puaka iaitu harta pusaka itu tidak memberi manfaat kepada waris-waris yang ditinggalkan dan pastinya juga ia tidak memberi sebarang manfaat kepada pemilik harta yang sudah mati. Mahukah kita meninggalkan puaka?

Ini soalan yang hanya kita sahaja sebagai pemilik harta yang masih hidup boleh jawab. Tiada sesiapa boleh menjawabnya bagi pihak kita. Bagaimana kita nak memastikan harta pusaka kita menjadi pusaka dan bukan puaka?

M
udah sahaja sebenarnya. Hari ini ketika kita masih hidup, rancanglah harta mengikut kaedah syariah dengan syarikat amanah patuh syariah profesional seperti Wasiyyah Shoppe Berhad. Formula agihan harta yang kita kehendaki berdasarkan keperluan kita akan dibuat mengikut instrumen yang tepat sama ada hibah, wasiat, harta sepencarian atau amanah.
 

was


Dengan menyediakan instrumen-instrumen ini, kita dapat memastikan hasrat pembahagian harta kita dibuat mengikut kaedah undang-undang yang tepat dan jelas sekaligus dapat mengelakkan risiko perbalahan waris.

P
erkhidmatan pengurusan pusaka yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad untuk waris pula akan memastikan waris tidak terkapai-kapai kehilangan arah dalam melalui proses perundangan berkaitan. Semua urusan dokumentasi akan dilaksanakan Wasiyyah Shoppe Berhad malah dalam banyak keadaan Wasiyyah Shoppe Berhad membantu waris melalui proses ini secara PERCUMA pula!

Y
a tiada sebarang caj dikenakan kepada waris dan harta pusaka yang diterima pula tidak dipotong walau satu sen pun. Wasiyyah Shoppe Berhad ialah satu-satunya organisasi di Malaysia yang boleh memberi Perkhidmatan seperti ini. Inilah dia pusaka yang baroqah.

Waris melalui proses ini dengan mudah, tanpa bersusah-payah turun naik pelbagai pejabat dan ejensi malah tidak terbeban langsung dengan kos. Hubungan waris juga semakin kukuh kerana mereka telah dijelaskan sepenuhnya mengenai hukum yang berkaitan.


Jadi, anda mahu harta pusaka anda menjadi pusaka atau puaka? Bertindaklah.   

 

ariffin

Ariffin Sabirin adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan harta secara Syariah sila klik di sini: Wasiyyah Shoppe

 

KOLEKSI ANEKDOT MAWARITH

"WARIS AKU CONFIRMED TAK GADUH PUNYA!"

RAMAI ORANG ISLAM TIDAK TAHU DIA SEDANG MENGALAMI KERUGIAN

APA YANG KECOH SANGAT PASAL PUSAKA NI?

 

 

 

Portfolio Tags