Skip to main content

Lebih 1,000 sekolah daif di Sarawak akan dinaik taraf, kata Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini. 

 

 

KUCHING 4 Dis - Kerajaan sudah mengenal pasti sebanyak 1,022 sekolah daif di seluruh Sarawak untuk dinaik taraf dan dibaik pulih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Beliau berkata, kerajaan pimpinannya tidak akan berkompromi dalam hal pendidikan terutamanya bagi memberi keselesaan kepada pelajar.

 

"Apabila saya mendengar taklimat pembangunan Sarawak, saya dimaklumkan mengenai rumah guru dan sekolah daif di Sarawak. Saya panggil Menteri Kewangan minta pastikan isu itu diselesaikan segera.

 

"Kita (kerajaan) akan sediakan peruntukan besar untuk pastikan sekolah daif itu dapat kita naik taraf, dibaik pulih atau dibina baru… di seluruh Sarawak," katanya.

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini malam ini. - DagangNews.com

 

PM

 

PM