Mahu beri motivasi, fahami konsep motivasi. Bukan suka-suka hati | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 8 January 2021

Mahu beri motivasi, fahami konsep motivasi. Bukan suka-suka hati

 

TINDAKAN ambil peduli mengenai pemahaman kritikal terhadap pembentukan dan penghasilan motivasi. Persoalan ini perlu kerana sudah terbukti jelas menyatakan akan nilai motivasi yang negatif daripada setiap individu ia menjadikan situasi itu ibarat kabur dan tandus.

 

Pemahaman mengenai proses asas motivasi melibatkan keadaan dalaman dan luaran individu, keadaan tersebut memberi kesan kepada pemilihan individu, pencapaian dan cara keputusan. Sebagai contoh masalah kepada pembentukan nilai kuasa di dalam negara, organisasi dan persekitaran jelas melibatkan ketandusan nilai motivasi dan pemahaman keberkesanan nilai motivasi dalam kalangan individu.

 

Motivasi merupakan satu indikator yang wujud di dalam diri manusia, dimana ia bakal mencorakkan keputusan sekiranya motivasi individu itu pincang dan tandus. Disebabkan keadaan tersebut tindakan individu atas apa juga keputusan tindakan merupakan hasil daripada pemilihan dan pencapaian baik atau tidak baik di dalam perkembangan potensi semasa.

 

Nilai motivasi setiap individu ini memainkan kesan yang positif dan negatif kepada keberhasilan keputusan dan perkembangan prestasi semasa.

 

Pengetahuan dan pembelajaran itu dapat diukur berdasarkan nilai pengetahuan dan usaha pembelajaran yang terbaik atau tidak, keadaan tersebut dapat menjadikan kemampuan peribadi individu itu berkembang dengan terbaik atau tidak.

 

Cuba fahami dengan jelas mengenai maksud kemampuan individu dalam mempraktikkan nilai motivasi terbaik atau sebaliknya, makan akan lahir persoalan ‘nilai semasa motivasi individu menjadi terbaik adalah hasil daripada pemahaman dan peranan nilai pengetahuan dan nilai pembelajaran yang dapat menghasilkan prestasi terbaik’.

 

Bagaimana kalau didapati setiap penghasilan prestasi individu dalam kuasa di dalam negara, organisasi dan persekitaran itu negatif dan bermasalah, ini jelas dinyatakan kesan prestasi individu dalam kuasa di dalam negara, organisasi dan persekitaran adalah daripada individu peneraju yang tidak bermotivasi.

 

Kemahiran berfikir atau mempunyai mental positif dan mempunyai kemahiran psikomotor. Kemahiran berfikir atau mempunyai mental positif itu dapat diperjelaskan kewujudan kemahiran dalam persepsi semasa sebagai contoh mengenalpasti sesuatu keadaan dengan tindakan yang tepat, mempunyai cara terbaik dalam membuat sebarang pengasingan dan terperinci dalam melaksanakan pemilihan. Kemahiran psikomotor menyatakan akan kemahiran di dalam reka bentuk, menggubah, mengawal dan membina dalam membina sebarang keputusan terbaik.

 

Dengan kemahiran berfikir dan kemahiran psikomotor ini memberi pendokong kepada keberhasilan pengetahuan dan pembelajaran individu. Jelas dinyatakan bahawa kemahiran tersebut telah menjadikan peningkatan nilai pengetahuan dan pembelajaran telah memberi kesan kepada kewujudan motivasi dan kemampuan terbaik individu. Dengan kewujudan nilai motivasi dan kemampuan terbaik itu bakal memberi kesan kepada beberapa indikator keputusan semasa individu.

 

Contoh pengaruh motivasi dan kemampuan terhadap perkembangan semasa individu:

 

a) perkembangan peribadi

Perkembangan peribadi ini melibatkan akan kemahiran dalam pengurusan tekanan kehidupan dan keadaan semasa.
 

b) Etika

Etika ini akan melibatkan akan etika di dalam membuat sebarang keputusan, memainkan peranan yang beretika dalam menghasilkan keputusan berkesan dan nilai etika didalam perhubungan semasa diantara satu sama lain.
 

c) Kuasa

sebagai contoh kuasa akan merangkumi kuasa kepimpinan dimana ianya menyatakan konteks amanah dan tanggungjawab dalam memimpin. Holistik konsep, prinsip dan nilai dalam keadaan semasa amat diperlukan dalam kesan positif kuasa politik semasa.
 

d) Amalan sumber manusia

amalan sumber manusia ini adalah perkumpulan individu yang bersama dalam kumpulan dan organisasi. Ini melibatkan dan memastikan akan nilai asset dalam perkumpulan, ini memberi satu kecemerlangan dalam kewujudan misi, objektif dan saranan semasa. Amalan sumber manusia yang dipraktikkan dengan terbaik dan cemerlang itu bakal menentukan pencapaian objektif dan matlamat semasa.
 

e) Prestasi

pencapaian yang terbaik boleh dinyatakan keberkesanan dan hasil terbaik daripada kewujudan motivasi dan kemampuan setiap individu tersebut

 

Kelima-lima contoh dipengaruhi oleh kehebatan perkembangan motivasi dan kemampuan yang dipraktiskan oleh setiap individu,  ini kesan daripada nilai kewujudan pengetahuan dan pembelajaran. Nilai kewujudan pengetahuan dan pembelajaran dapat dinyatakan hasil daripada kewujudan kemahiran mental dan kemahiran psikomotor.

 

aaa

 

Kewujudan nilai motivasi yang terbaik dan cemerlang adalah hasil daripada pemahaman, pengamalan pengetahuan dan pembelajaran kemahiran mental dan psikomotor semasa, dapat dinyatakan setiap individu melahirkan kewujudan nilai motivasi dan kemampuan diri yang cemerlang, kecemerlangan ini adalah keberhasilan daripada nilai kemahiran tinggi kepada hasil pengetahuan dan pembelajaran.

 

Keberkesanan pembelajaran dan pengetahuan ini menjadikan nilai motivasi tinggi dan cemerlang, kecemerlangan individu tersebut memberi kesan kepada penghasilan etika, kuasa, prestasi, amalan sumber manusia dan perkembangan peribadi.

 

Melalui dapatan huraian ini, kewujudan individu yang tidak beretika, kepincangan kuasa di dalam negara, organisasi dan persekitaraan, prestasi semasa yang gagal, amalan sumber manusia dan kepincangan perkembangan peribadi ini adalah berkaitan dengan ketandusan nilai motivasi atau nilai motivasi yang rendah individu tersebut.

 

Bagaimanakah untuk memahami akan kewujudan nilai motivasi di dalam diri individu? Kewujudan motivasi ini dapat dinyatakan memainkan peranan menyelesaikan tujuan kerja semasa.

 

Nilai motivasi indivdiu yang cemerlang dapat dinyatakan dengan pencapaian matlamat terbaik di dalam organisasi atau diri sendiri, menghasilkan perhubungan terbaik sesama sendiri, peningkatan kecekapan dan produktiviti.

 

 Kewujudan nilai motivasi di dalam diri sendiri akan menjadi satu bentuk jalan yang bakal menwujudkan situasi, situasi ini menjadikan satu seru tingkah laku yang bakal terjadi di dalam diri sendiri.

 

Tingkah laku ini akan menggambarkan satu matlamat yang harus dicapai. Nilai motivasi setiap insan adalah kekal dan ianya terkawal, desakan daripada nilai motivasi tersebut menjadikan individu itu sendiri untuk mengubah sikap, minat dan kegiatan yang bakal dilakukan.

 

Mekar dengan terbaik kuasa dalaman individu disebabkan oleh perkembangan motivasi dan nilai kuasa dalaman yang bangkit, ianya meletakkan satu arahan padu kepada individu itu sendiri untuk mengawal minat dan melaksanakan tujuan dengan terbaik.

 

Persoalan dengan keadaan semasa Covid-19 diwaktu ini, adakah individu kini mempunyai motivasi yang terbaik? Bagaimana sekiranya nilai motivasi dalam kehidupan itu makin merundum? Bagaimana dengan ketabahan dan nilai padu diri dalam mencapai impian?

 

Persoalan ini jelas menggariskan dan menyatakan bahawa kepentingan nilai motivasi setiap individu itu amat penting. Setiap individu hendaklah bersatu dalam membentuk dan pempertahankan nilai motivasi sesama kita.

 

Kewujudan nilai motivasi ini tidak berlaku secara semulajadi ianya mempunyai penyebab untuk diutamakan atau dilaksanakan.

 

Keadaan ini sebagai satu nilai motivasi yang tidak diwarisi.

 

Ini jelas, mewarisi nilai motivasi orang lain itu adalah kosong, maka diri sendiri perlu sedar dan tahu tahap nilai motivasi diri sendiri, dengan cara menyusun bahan tentang apakah keperluan psikologi dalam menuju arah pencapaian psikologi diri masing-masing.

 

Penyataan ini menggariskan bahawa nilai motivasi setiap individu itu adalah berbeza diantara satu sama lain. Melalui perbezaan inilah ada kumpulan yang diperlukan untuk membantu mengkelasifikasikan atau menyusun para mereka yang bermotivasi untuk terusan membantu di dalam usaha pencapaian matlamat. Penyusunan terbaik kepada pencapaian matlamat individiu yang sama.

 

Pengkelasifikasi akan mereka yang tidak bermotivasi itu sebagai asas dengan memberitahu kefahaman apakah keperluan kewujudan motivasi dalam diri, melalui penerangan ini ianya menjadikan individiu yang tidak bermotivasi itu sedar nilai diri sendiri.

 

Jelas dan nyata dengan kewujudan nilai motivasi yang terbaik ada dalam kehidupan setiap insan itu ianya bakal melahirkan satu naluri ingin tahu apa juga dengan perkembangan semasa. Kewujudan rangkaian ingin tahu dan mengambil berat tersebut pasti mempraktiskan nilai dorongan dalam kejiwaan untuk mencapai kecekapan berdasarkan pembentukan lengkap nilai pembelajaran dan pengalaman.

 

Dimensi cabaran, insentif bekerja, nilai semangat yang kuat dan nilai usaha yang padu ini menjadikan satu penghasilan penceritaan kehebatan indivdiu yang bermotivasi melalui ganjaran yang diterima dan penghargaan yang diberi.

 

Contoh nilai ganjaran dan penghargaan yang teramat penting adalah dari hasil perpaduan yang kukuh dan wujud untuk dipraktiskan, kewujudan motivasi dalam diri sendiri itu adalah sandaran hebat yang diperlukan oleh nilai perpaduan dan kerjasama.

 

Harus diketahui setiap jiwa individu yang ada tetapi tidak mempunyai nilai motivasi yang jelas dan padu ini bakal menjadi perosak kepada nilai kemanusian dan Kerjasama.

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

 

Portfolio Tags