Johan Jaaffar lahirkan kebimbangan mengenai tekanan terhadap media massa | DagangNews Skip to main content

Johan Jaaffar lahirkan kebimbangan mengenai tekanan terhadap media massa

Tan Sri Johan Jaaffar
oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Sept - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar menegaskan bahawa media seharusnya beroperasi secara bebas dan adil tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

 

Beliau berkata, kini adalah masa untuk mengukuhkan komitmen kewartawanan bagi memastikan Estet Keempat adalah asas demokrasi.

 

Beliau juga menyuarakan kebimbangannya terhadap campur tangan parti politik dalam pelantikan barisan editor dan merasakan sudah tiba masanya untuk perkara itu berubah termasuk dinamik perniagaan media.

 

"Saya sama sekali tidak boleh terima bahawa seorang editor yanng membantu menghidupkan semula akhbar The New Straits Times berdepan risiko dipecat dan saya sentiasa bersama Ahmad Lokman Mansor kerana keberaniannya.

 

"Terima kasih kepada usahanya selama ini kerana berjaya memulihkan semua NST," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

BACA JUGA: Bekas Ketua Pengarang The Edge didakwa memfitnah Metronic

 

Beliau menegaskan bahawa, Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob memberikan jaminan bahawa media seharusnya kekal bebas dan beroperasi tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak. 

 

Pada masa yang sama wartawan mesti dibenarkan beroperasi tanpa rasa takut semasa melaksanakan tugas mereka.

 

Johan juga menyuarakan kebimbangan terhadap bekas Ketua Pengarang The Edge Communication Sdn. Bhd., Ahmad Azam Mohd. Haris yang berdepan pertuduhan memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung penerbitan dua artikel yang disiarkan semasa di bawah kendaliannya.

 

"Saya percaya kedua-dua artikel itu dilaporkan secara adil berhubung manipulasi saham 'penny'," katanya. - DagangNews.com