MPOB : Stok minyak sawit mentah meningkat 2.79% kepada 905,946 tan metrik pada Julai 2022 | DagangNews Skip to main content

MPOB : Stok minyak sawit mentah meningkat 2.79% kepada 905,946 tan metrik pada Julai 2022

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Stok minyak sawit mentah meningkat 2.79 peratus kepada 905,946 tan metrik pada Julai 2022 daripada 881,315 tan metrik yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

 

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), inventori minyak sawit diproses naik 13.39 peratus bulan ke bulan kepada 866,848 daripada 764,516 tan metrik.

 

Secara keseluruhan, katanya, stok minyak sawit meningkat 7.71 peratus kepada 1.77 juta tan metrik daripada 1.65 juta tan metrik sebelum ini.

 

"Pengeluaran minyak sawit mentah pula naik sebanyak 1.84 peratus kepada 1.57 juta tan metrik pada Julai berbanding 1.55 juta tan metrik pada Jun.

 

"Bagi pengeluaran isirung sawit, ia meningkat 1.39 peratus kepada 383,669 tan metrik daripada 378,413 tan metrik pada bulan sebelumnya manakala pengeluaran minyak isirung sawit mentah naik 2.78 peratus kepada 180,612 berbanding 175,731 tan metrik pada Jun," katanya dalam laporan prestasi industrinya bagi Julai 2022.

 

Sementara itu, eksport minyak sawit meningkat sebanyak 10.72 peratus bulan ke bulan kepada 1.32 juta tan metrik pada Julai daripada 1.19 juta tan metrik pada Jun manakala eksport minyak isirung sawit merosot sebanyak 18.93 peratus bulan ke bulan kepada 74,689 tan metrik daripada 92,130 tan metrik pada bulan sebelumnya.

 

Eksport oleokimia naik 4.47 peratus pada Julai kepada 221,343 tan metrik daripada 211,881 tan metrik pada Jun manakala eksport biodiesel merosot 39.21 peratus bulan ke bulan kepada 14,401 tan metrik daripada 23,689 tan metrik sebelum ini.

 

MPOB berkata, import minyak sawit mentah Malaysia pada Julai 2022 turun 88.10 peratus kepada 356 tan metrik berbanding 2,989 tan metrik yang diimport pada Jun dan jumlah import minyak sawit meningkat 120.65 peratus kepada 130,615 tan metrik daripada 59,195 tan metrik pada bulan sebelumnya. - DagangNews.com