Noor Investment Scheme Malaysia, Tadawul Investment Scheme dan Arris Merchant Bank kini dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM | DagangNews Skip to main content

Noor Investment Scheme Malaysia, Tadawul Investment Scheme dan Arris Merchant Bank kini dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
nabila@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 15 Okt. -  Bank Negara Malaysia (BNM)  telah menambah tiga syarikat ke dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan. 

 

BNM berkata, syarikat terbabit adalah Noor Investment Scheme Malaysia, Tadawul Investment Scheme dan Arris Merchant Bank.

 

"Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM. 

 

"Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Bank pusat itu berkata, senarai akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. 

 

"Untuk melihat senarai yang dikemas kini, orang ramai boleh melayari https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list," katanya. -DagangNews.com