Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 26 March 2021

Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri

 

SETIAP individu harus faham bagaimana menjadikan penilaian prestasi diri sebagai satu perancangan utama dalam membantu diri sendiri untuk berterusan faham mengenai perkembangan usaha dan peningkatan dapatan semasa.

 

Menilai pencapaian prestasi diri sendiri merupakan aktiviti yang harus dijadikan garis panduan dalam memberi satu panduan terperinci kepada capaian terbaik dan pemahaman kesan kegagalan dalam usaha semasa.

 

Biasanya penilaian prestasi dikategorikan sebagai satu penilaian capaian individu di dalam sebuah organisasi, yang sudah pasti mempunyai satu garis panduan untuk dinyatakan sebagai bahan turutan berbentuk pelaporan bagi menyatakan peratus peningkatan capaian tahunan prestasi individu di dalam organisasi tersebut.

 

Keberangkalian pemasalahan penilaian tidak jujur juga mungkin berlaku dimana  penilaian prestasi bakal memberi jawapan penilaian prestasi cemerlang ataupun capaian prestasi gagal.

 

dewi

 

Bagaimana pula dengan pemahaman individu yang tidak terlibat dengan penilaian prestasi sebagaimana yang ada di dalam sesebuah organisasi. Penyataan tersebut bakal membincangkan dan menggariskan panduan kepada diri sendiri untuk sentiasa faham mengenai penilaian prestasi, perancangan guna tenaga diri sendiri bagi tujuan pulangan hasil prestasi terbaik dan juga bagi usaha pulangan terbaik untuk kehidupan, dapatan diri sendiri dan persekitaraan.

 

Kesan terhadap ganjaran dan peningkatan capaian sebagai individu dalam kehidupan harus digariskan dan harus difahami. Pencapaian prestasi dan peningkatan capaian prestasi oleh setiap individu memerlukan satu rekod pemakluman disimpan untuk dijadikan panduan atau rujukan kepada pencapaian peribadi semasa.

 

Apakah implikasi kejayaan usaha dan peningkatan kehidupan individu ataupun kegagalan dalam perolehan semasa? Dapat dinyatakan ia berpunca daripada tidak ada garis panduan penggunaan kaedah penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri dan  tidak ada perancangan bagaimana guna tenaga diri sendiri.

 

Garis panduan sebagai kaedah penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri

Proses penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri harus difahami secara terperinci oleh setiap individu, jangan difahami bahawa penilaian prestasi usaha dapatan itu hanya akan dinilai dan akan ada laporan sekiranya individu tersebut bekerja di dalam sebuah organisasi.

 

Setiap individu perlu ada penilaian prestasi usaha dapatan dan laporan penilaian prestasi diri sendiri biarpun individu tersebut adalah seorang usahawan, suri rumah tangga, pelajar, mahu pun kakitangan swasta dan kerajaan.

 

Sebagai contoh para pekerja organisasi sudah mempunyai kaedah penilaian prestasi telah digariskan oleh organisasi sendiri namun terbaik setiap pekerja itu perlu ada penilaian prestasi usaha dapatan peribadi diri sendiri.

 

Penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri ini dapat menyatakan terdapat susun atur laporan bagi bertujuan menyatakan relatif usaha diri sendiri kepada prestasi diri sendiri wujud dan dipraktiskan sentiasa. Ia dapat menggariskan capaian dapatan peribadi secara terperinci dan dinilai semasa dan sebagai panduan seterusnya.

 

dewi

 

Bagi membentuk garis panduan penilaian untuk prestasi usaha dapatan diri sendiri, individu perlu memahami dan memastikan persoalan berikut dapat dijawab oleh diri sendiri:

  • Apakah kebolehan yang ada di dalam diri anda sendiri?
     
  • Adakah anda faham kesinambungan prestasi usaha dapatan terhadap pencapaian prestasi di dalam kehidupan peribadi?
     
  • Adakah anda mempunyai rekod maklumat pencapaian potensi dari segi usaha dapatan dan usaha peningkatan potensi kerja?
     
  • Adakah anda mempunyai tindakan penilaian terhadap prestasi usaha dapatan diri sendiri?

 

Perlu dinyatakan kepada diri sendiri penilaian prestasi itu harus jujur dan pendekatan garis panduan penilaian untuk prestasi usahan dapatan diri sendiri boleh dilakukan dengan terbaik.

 

Berikut dinyatakan 6 pendekatan utama bagi memastikan penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri:  

  • harus dapatkan fail atau rekod bagi menggariskan huraian usaha dapatan yang aktif dan tidak aktif. Pastikan setiap huraian usaha dapatan aktif dan tidak aktif tersebut sentiasa diperbaharui dan diketahui.
     
  • harus berusaha dan perlu ada ilmu bagi memahami cara penilaian tepat bagi menyatakan keputusan penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri.
     
  • harus faham nilai prestasi dan bagaimana untuk mengawal prestasi tersebut.
     
  • harus sentiasa peka dengan keadaan semasa terkini seperti peningkatan teknologi semasa adakah ia akan mempengaruhi nilai prestasi usaha dapatan diri sendiri?
     
  • harus peka mengenai apakah keperluan semasa untuk mencapai kecemerlangan terbaik kepada keputusan penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri tersebut.
     
  • harus sentiasa laksanakan nilai prestasi usaha dapatan diri sendiri  ini kerana setiap rekod dapatan bakal membantu perkembangan motivasi, pembentukan semangat untuk diri sendiri  dan persekitaraan.

 

Penilaian ini juga harus dikaitkan dengan pemahaman terhadap kemampuan diri sendiri, senaraikan apakah kemampuan atau kelebihan utama yang ada dalam diri sendiri.  

 

Bandingkan kemampuan kejayaan dan kegagalan yang lepas. Penyataan perbandingan ini bakal menghuraikan persoalan apakah kesan kelemahan dan kelebihan yang diperoleh.   

 

Melalui huraian ini jelas menyatakan bahawa usaha dapatan terhadap peningkatan atau turun prestasi itu perlu diambil serius dan perlu dijadikan satu asas panduan utama terhadap perkembangan kehidupan dari semasa ke semasa.   

 

Penuduhan terhadap kegagalan yang diperoleh tidak akan berlaku malahan usaha terhadap menyusun atur dapatan masalah serta mencari cara penyelesaiannya akan dilaksanakan.

 

Diri sendiri perlu ada penyataan mengenai objektif utama setiap pelaksanaan tugasan atau matlamat kehidupan terutama di dalam capaian usaha dapatan diri sendiri.

 

dewi

 

Persoalan timbul dalam setiap usaha dilakukan iaitu bagaimana peratusan guna tenaga diri sendiri?

 

Melalui persoalan ini ia jelas menghasilkan adakah segala usaha dilakukan itu mempunyai peratusan tinggi atau setakat biasa saja.

 

Sekiranya ukuran mengenai persoalan peratusan menggunakan guna tenaga diri sendiri dapat diketahui, ia dapat menggambarkan sejauh mana diri sendiri telah berjaya dan gagal di dalam memastikan penggunaan tenaga diri sendiri.

 

Menyedari masalah dihadapi terhadap prestasi usaha dapatan diri sendiri itu, berikut adalah  penyataan masalah prestasi yang ada dalam diri,  iaitu:

  • dapat diketahui tidak mempunyai kemahiran atau kehebatan yang perlu diguna pakai bagi mereliasasikan objektif yang telah dipilih
     
  • mempunyai masalah perhubungan sesama masyarakat dan persekitaran, melakukan usaha persendirian tanpa merujuk atau berdasarkan perkembangan persekitaraan.
     
  • tidak ada usaha dalam melatih diri terutama mengenai kemahiran yang perlu ada pada diri sendiri. Contoh kemahiran seperti latihan kemahiran pengurusan akaun  atau pengurusan diri sendiri.
     
  • tidak peka kesesuaian kemahiran diri sendiri bersama usaha perniagaan yang telah dilakukan, diri sendiri harus pastikan usaha tersebut amat bersesuaian dengan kemahiran diri sendiri dan bukannya berdasarkan ‘pak turut’.
     
  • tidak mengambil berat mengenai keadaan suasana bekerja sendirian, ini merangkumi dorongan daripada pihak keluarga, bahan dan kelengkapan amat diperlukan dalam melaksanakan setiap usaha yang telah direncanakan.
     
  • tidak faham huraian kerja yang perlu ada di dalam perlaksanaan pelbagai jenis kerja pilihan sendiri.
     

 

dewi

 

Kekecewaan terhadap pencapaian diri sendiri dapat dinyatakan berpunca daripada kegagalan diri sendiri dalam menggariskan apakah petunjuk yang diperlukan dalam melaksanakan usaha bagi menjadikan dapatan maksimum.

 

Ini juga dapat dihimpunkan sebagai satu kegagalan diri sendiri dalam pengurusan usaha sendiri sebagai contoh pengurusan catatan, pemahaman huraian dan spesifikasi, usaha tersebut perlu ada dalam merealisasikan dapatan yang telah direncanakan.

 

Pemahaman terperinci terhadap kaedah penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri dan bagaimana menguna pakai kaedah tersebut di dalam perjalanan kehidupan semasa amat penting.  

 

Dalam konteks mengunapakai perancangan penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri secara tersendiri bakal menjadikan diri individu tersebut insan berkualiti, bersemangat dan bermoral.     

 

Melalui pemahaman peribadi ini para individu dapat menggariskan apakah tindakan lebih produktif perlu diambil bagi mengatasi permasalahan yang telah didapati dengan kadar segera.    

 

Sentiasa mempunyai kebimbangan atau penjagaan terhadap penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri, kebimbangan yang dimaksudkan. Sebagai contoh, diri sendiri tersalah menilai prestasi usaha dapatan diri sendiri, misalnya tidak jujur terhadap penilaian prestasi usaha dapatan diri sendiri.

 

Maka ini dapat dikategorikan sebagai seorang mempunyai permasalahan keliru terhadap usaha diri sendiri. Keadaan ini amat membimbangkan dan merugikan.

 

Setiap individu perlu faham bagaimana menghasilkan penilaian prestasi diri sendiri, memahami apakah kaedah penilaian prestasi diri perlu ada malahan diri sendiri perlu berperanan dalam menghadapi tahap masalah prestasi dan faham akan punca masalah prestasi diri sendiri.

 

dewi

 

Sekiranya diri sendiri masih tidak mempunyai kaedah penilaian prestasi usaha dapatan diri di dalam kehidupan, maka berusahalah untuk memahami kaedah penilaian prestasi usaha dapatan tersebut.

 

Pengamalan kaedah ini bakal memperoleh dan mempertahankan usaha dan potensi terbaik demi memajukan capaian matlamat kerjaya dalam kehidupan.  

 

Setiap manusia dianugerahkan cerdik dan bakat maka usahakan untuk faham matlamat perlu ada perancangan. Di dalam perancangan digariskan penilaian prestasi usaha dapatan diri maka jawapan ternyata berlaku kepada pencapaian objektif pengurusan peribadi’ drdtaj4000

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI

Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang

Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja

Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?

FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA

Apa yang penting? KERJASAMA !

AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup

Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK

Golongan belia hamba kepada hutang

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags