Perdana Menteri adakan pertemuan dengan Zii Jia, Jin Wei dan pengurusan tertinggi BAM | DagangNews Skip to main content

Perdana Menteri adakan pertemuan dengan Zii Jia, Jin Wei dan pengurusan tertinggi BAM

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob hari ini meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan bersama pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia serta pengerusan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Perdana Putra.

 

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri mengadakan perbincangan bersama Zii Jia yang turut disertai Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria serta bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei.

 

Dipercayai pertemuan itu bagi membincangkan isu pergeseran melibatkan kedua-dua pemain itu bersama pengurusan BAM.

 

Beliau berkata, pertemuan itu berlangsung dengan baik dan semua isu sudah diselesaikan.

 

"Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai. Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

 

Sebelum ini, berlaku permasalahan di antara pemain No.7 dunia itu bersama BAM apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan dan bergerak selaku pemain profesional namun badan induk badminton negara itu menolak permohonannya.

 

pm

 

Beberapa hari kemudian, BAM mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan Zii Jia ke kejohanan antarabangsa selama dua tahun dan 'hukuman' itu juga dikenakan ke atas pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Jin Wei.

 

Jin Wei sebelum ini bertindak mengumumkan persaraan sebelum aksi Piala Thomas 2020 akibat masalah kesihatan dan kemudian kembali bersama skuad kebangsaan sebelum meninggalkan BAM untuk bergerak secara profesional.

 

pm

 

Zii Jia kemudian menghantar surat rayuan terhadap 'hukuman' itu dan mengadakan pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum menerima 'restu' daripada Mohamad Norza untuk bergerak secara profesional.

 

pm

 

Bagaimanapun Zii Jia masih belum menerima sebarang keputusan rasmi daripada BAM berhubung rayuannya namun badan induk itu akan mengumumkan keputusan itu selepas mengemukakan surat rayaun pemain itu kepada Ahli Lembaga untuk mendapat kelulusan. - DagangNews.com