Platform Mana Yang Sesuai Untuk Video: YouTube Atau Facebook? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Idea Digital - 22 December 2020

Platform Mana Yang Sesuai Untuk Video: YouTube Atau Facebook?

 

 

Social Media Examiner, di antara sebuah portal pemasaran digital terkenal dunia bulan lalu mengumumkan yang mereka tidak akan lagi membuat perkongsian video di Facebook.

 

Sebanyak tiga video seminggu yang sering mereka muat naik di Facebook sebelum ini dan kini mereka membuat keputusan untuk beralih ke YouTube. Michael Stelzner, Ketua Pegawai Eksekutif, penulis blog dan juga pakar media sosial di Social Media Examiner berkongsi kepada dunia melalui satu video baru-baru ini.

 

Dalam video tersebut, Michael mendedahkan hampir keseluruhan video-video Social Media Examiner yang dimuat naik di Facebook mendapat sambutan yang hambar. Mengapa?

 

aaa

 

Ini disebabkan oleh komuniti di Facebook tidak mempunyai penonton yang sebenar, terutamanya apabila satu-satu video itu berbentuk ilmiah dan melebihi 1-2 minit. Mereka sebaliknya lebih gemar membuat tatalan atau scroll dan mencari video yang bukan-bukan. Walaupun jumlah yang melihat atau view agak tinggi tetapi statistik ini langsung tidak ada apa-apa makna.

 

Di YouTube pula, sebaliknya berlaku. Ramai penonton di platform ini mempunyai minat untuk pelbagai bentuk video dan lebih gemar menonton bentuk video yang melebihi 2 minit dan sehingga habis.

 

Video-video yang dimuat naik oleh Social Media Examiner biasanya berbentuk ilmiah, dokumentari bersiri berkenaan dengan topik media sosial dan pemasaran digital. Menurut Michael lagi, sebelum ini strategi mereka ialah untuk berada di mana komuniti mereka berada, iaitu di Facebook, Twitter, Pinterest, LinkedIn dan YouTube dengan memuat naik semua video mereka secara native. Dengan kata lain, video mereka dapat dimainkan terus di platform-platform ini tanpa perlu ke laman portal mereka.

 

Pada mata kasar, Facebook Video mempunyai jumlah tontonan atau view yang jauh lebih besar berbanding YouTube. Sepuluh kali jauh lebih besar sebenarnya, dan laporan yang dikeluarkan dilihat sangat-sangat memberangsangkan. Semuanya nampak bagus.

 

Tetapi setelah beberapa lama menggunakannya, mereka mendapati penonton di Facebook tidak berada lama di video-video ini. Perhatian mereka hanya beberapa saat sahaja sebenarnya. Sebaik sahaja tiba pada saat ke-60 dan seterusnya, jumlah penonton semakin berkurang sehingga tiada penonton langsung.

 

Berlainan pula di YouTube, data yang mereka peroleh menunjukkan para penonton masih menonton video mereka sehingga habis, walaupun agak panjang. Kebanyakan dari mereka masih kekal menonton sehingga habis sebelum beralih ke video-video lain. Video Social Media Examiner biasanya mempunyai durasi 3 hingga ke 8 minit. Ada juga video mereka yang mencecah 50 minit dan lebih dari sejam pun ada.

 

aaa

 

Dari data-data yang didedahkan oleh Michael tadi, ia jelas menunjukkan strategi mereka perlu diubah sedikit apabila melibatkan penerbitan video. Mereka berada di platform yang salah selama ini, dan sedar keperluan untuk berada di YouTube lebih penting demi penonton. Jadi, strategi untuk meninggalkan Facebook perlu dilakukan kerana ia langsung tidak berbaloi.

 

Michael berkata lagi di dalam videonya, agak tidak masuk akal untuk terus menyediakan kandungan-kandungan yang orang tidak tonton atau baca seperti apa yang mereka rasai di Facebook. Ia seolah-olah meletakkan satu televisyen gergasi di lebuh raya yang besar di mana kenderaan yang menggunakan lebuh raya itu semuanya laju-laju belaka.

 

Apabila bergerak terlalu laju, pemandu dan sesiapa sahaja di dalam kenderaan-kenderaan ini tidak akan sempat untuk melihat apa yang terkandung di dalam televisyen gergasi itu. Mungkin mata mereka cuma sempat memandang buat seketika sahaja, dan mungkin juga hanya beberapa saat sahaja.

 

Bagi portal Social Media Examiner, Facebook ini ibarat satu lebuh raya yang besar dan video-video mereka ibarat rancangan televisyen. Malah selera pengguna di platform ini hanya gemarkan video-video yang terlalu pendek sahaja. Ini menjadikan video ilmiah dan panjang tidak mampu menarik perhatian langsung. Dan ini sama sekali menunjukkan yang platform Facebook sangat-sangat tidak sesuai untuk mereka meletakkan video mereka di sana.

 

aaa

 

Selepas membaca artikel ini, saya terus membuat sedikit kajian tentang topik yang sama dengan melihat pandangan orang lain. Saya membaca artikel-artikel lain di internet dan melihat beberapa video juga di YouTube. Kebanyakan pandangan yang diberikan terutamanya dari syarikat-syarikat penerbitan digital juga rata-rata sama, mereka lebih gemar menggunakan YouTube berbanding Facebook Video untuk meletakkan dan menyebarkan kandungan video mereka.

 

Bagi Social Media Examiner, ia satu pengajaran yang sangat mahal buat mereka. Dengan jumlah pengikut yang amat besar di Facebook iaitu melebihi 533,000 kesemuanya berbanding hanya sekitar 22,000 di YouTube, keputusan yang dibuat Michael ternyata terlalu berat tetapi perlu. Jumlah pengikut yang besar tidak lagi bermakna mereka akan melihat dan menonton apa yang dihidangkan, terutamanya di Facebook. Ia lebih kepada gimik sahaja ataupun syok sendiri.
 

oku

 

Bagi saya, selain YouTube, memuat naik video yang berilmiah dan panjang di LinkedIn juga sesuai. Platform ini dikenali ramai sebagai tempat golongan profesional dan bisnes melepak secara dalam talian. Platform ini juga semakin mendapat tempat bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan video-video kemahiran dari seluruh dunia.

 

Perlu anda fahami, senario ini wujud sekiranya video-video yang anda terbitkan itu jenis yang agak panjang dan berunsur ilmiah. Tetapi jika video anda jenis yang sebaliknya pula iaitu berunsur santai, kasual dan lebih pendek, yang hanya mempunyai durasi beberapa saat sahaja atau tidak sampai seminit, anda boleh memilih untuk menggunakan beberapa platform lain selain YouTube seperti Facebook, Tiktok, Instagram, Twitter dan fungsi Stories dari kesemua platform tadi.

 

pankaj

 

Dalam keseronokan anda membina dan menerbitkan video dan membuat penyebaran melalui platform-platform tadi, jangan lupa juga untuk menyiapkan penulisan pengenalan yang panjangnya dalam dua hingga tiga perenggan untuk mengiringi video tadi.

 

Pengenalan ini penting bagi memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menonton video anda untuk memahami dengan lebih baik tentang video tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu menaikkan kedudukan ranking anda di enjin pencarian Google sekiranya video anda tadi turut dimasukkan di YouTube dan juga laman web.

aaa

Bercakap tentang kedudukan ranking melalui laman web, selain memuat naik video anda (dan juga penulisan pengenalan tadi) ke dalam laman web milik sendiri, cuba cari beberapa laman web lain yang jauh lebih popular yang berminat untuk mempaparkan video anda tadi.

 

Lebih banyak laman web yang berminat memuat naik video anda itu, kedudukan ranking anda akan menjadi lebih baik lagi. Ini menjadi kenyataan hanya sekiranya terdapat pautan yang dimasukkan ke dalam perkataan tertentu di dalam penulisan pengenalan tadi, yang mampu membawa pembaca atau penonton kembali ke laman web anda.

 

AZLEEN ABDUL RAHIM adalah seorang strategis pemasaran digital yang aktif menulis di pelbagai platform media sosial dan kini adalah kolumnis DagangNews menerusi ruangan IDEA DIGITAL setiap Selasa.

 

KOLEKSI IDEA DIGITAL:

3 Benda Ini Bakal Tentukan Nama Bisnes Yang Efektif

Saya Seorang Pemasar Digital. Ini Pendapat Saya Tentang 2021

Bisnes Saya Beroperasi Secara Digital Sejak 2011. Ini Apa Yang Saya Belajar

Orang Membeli Tidak Hanya Berdasarkan Iklan

4 Pengajaran Tentang Pemasaran Digital Dari Kemenangan Joe Biden

Mengapa Strategi Pemasaran Mahal?

E-pemasaran : Minta 20 rakan baik di media sosial tolong tularkan

Guna Platform Ini Kalau Rasa Media Sosial Semakin Mahal

Jangan Percaya. Ini Semua Mitos Penjenamaan Sahaja

SELAMATKAN TAHUN 2020 ANDA!

Biarkan mereka, yang penting laman web anda ada blog

Pemulihan Bisnes Tahun 2020, Guna Pakar Yang Ada 6 Kriteria Ini

Saya Lakukan Ini Untuk Hidupkan Kembali Laman Blog Yang Lesu

Ada Cara Mudah Untuk Dapatkan Kedudukan Tinggi Di Google

 

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags