Ramssol taja langganan Feet's bernilai RM580,000 kepada ahli Lions Clubs International District 308B1 | DagangNews Skip to main content

Ramssol taja langganan Feet's bernilai RM580,000 kepada ahli Lions Clubs International District 308B1

Gabenor Daerah Kelab Lions Daerah Antarabangsa 308B1, Dorothy Ong (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ramssol, Datuk Seri Cllement Tan Chee Seng (dua dari kanan) pada majlis penyerahan tajaan langganan Feet's, hari ini.

KUALA LUMPUR 4 Julai - Peneraju penyelesaian dan pembekal teknologi Pengurusan Modal Insan (HCM) domestik, Ramssol Group Berhad menerusi anak syarikatnya, Feets Sdn. Bhd. akan memberikan langganan Feet's secara percuma kepada 4,000 ahli Lions Clubs International District 308B1 bernilai RM580,000.

 

Pemberian langgan itu adalah bagi menggalakkan komunikasi berkesan dalam membantu dan memperkasakan ahli kelab serta komuniti tempatan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

 

Langganan percuma itu selama setahun itu memberikan ahli kelab alat komunikasi untuk mendigitalkan aktiviti kelab, kerjasama perkhidmatan masa nyata, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan mengakses maklumat dengan mudah. 

 

Menerusi Feet's, ahli Lions Clubs boleh menjalankan aktiviti sosial mereka dengan lebih berkesan untuk berkhidmat kepada komuniti mereka dengan lebih cekap.

 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramssol, Datuk Seri Cllement Tan Chee Seng berkata, komunikasi organisasi berkesan akan membawa kepada kerja berpasukan yang kukuh dan keupayaan ahli organisasi untuk mencapai kecekapan optimum.

 

“Saya percaya menerusi penerapan Feet's ke dalam Lions Clubs, ia akan mengukuhkan usahanya untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat terutama meningkatkan usaha untuk menyediakan orang kurang upaya, rumah anak yatim, dan orang tua dengan kehidupan yang lebih baik dan selesa.

 

"Kami menghargai kepentingan usaha yang didorong oleh tempatan dalam melayani dan menambah baik keperluan masyarakat setempat dan gembira dapat memainkan peranan kami," katanya dalam satu kenyataan, hari ini selepas merasmikan majlis penyerahaan tajaan itu yang turut dihadiri Gabenor Daerah Kelab Lions Daerah Antarabangsa 308B1, Dorothy Ong.

 


Lions Clubs International District 308B1 ialah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan lebih daripada 100 tahun khusus untuk meningkatkan kebajikan budaya, sosial dan moral masyarakat. 

 

Terdapat 128 bilangan Kelab Lions di daerah ini dengan lebih 4,000 ahli. - DagangNews.com