Serba tak kena bila berjual beli saham | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
CIKGU SAHAM - 16 February 2021

SERBA TAK KENA BILA BERJUAL BELI SAHAM

 

PENGAWALAN emosi merupakan satu perkara yang sangat sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja yang terlibat dalam pasaran saham. Tidak kira sama ada anda newbie iaitu orang-orang yang baharu melibatkan diri dalam urus niaga saham mahupun orang yang telah lama berkecimpung dalam dunia saham.

 

Kadang-kala kita pada awalnya telah menetapkan matlamat atau prinsip di dalam setiap perancangan atau pelan tindakan pelaburan atau dagangan saham. Tetapi apabila kita melihat skrin komputer lebih-lebih lagi semasa pasaran saham sedang jatuh maka secara automatik perasaan dan emosi kita akan terganggu.

 

Justeru apakah tindakan yang perlu kita ambil tertakluk kepada kekuatan atau ketahanan diri atau mental untuk menangani situasi ini.

 

  1. Menggunakan wang lebihan untuk melabur saham
Sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri dalam pelaburan atau perdagangan saham perlu menggunakan wang yang banyak. Ini ialah perkara asas yang sangat penting kerana sekiranya kita menggunakan wang belanja harian maka emosi seseorang itu automatik akan terganggu apabila dia membeli saham dan harga saham tersebut jatuh.
 
cikgusaham



Lebih buruk lagi apabila dia di dalam keadaan yang terdesak untuk menggunakan wang semasa berlakunya kecemasan atau tibanya waktu pembayaran hutang atau komitmen bulanan.

 

Apabila saham yang dibeli itu jatuh, maka dia akan tidak teragak-agak untuk menjual saham tersebut walaupun dia akan menanggung kerugian dari perbezaan harga.

 

Sekiranya dia menangguhkan penjualan saham, kesabaran untuk menunggu harga saham tersebut naik akan tergugat lebih-lebih lagi jika dia melihat potfolio pelaburan telah susut dengan banyak. Sebagai contoh harga saham yang dipegang mengalami kejatuhan setiap hari atau jatuh untuk tempoh masa yang lama.

 

Berbanding pelabur yang tidak terdesak untuk menggunakan wang pelaburan sebagai belanja harian atau untuk kegunaan kecemasan kerana dia mempunyai simpanan atau tabungan di tempat lain.

2. Perlu faham apakah itu konsep melabur saham
Terdapat sesetengah orang yang menceburkan diri dalam bidang pelaburan saham disebabkan perasaan ingin cuba-cuba atau pun kerana teruja atau tertarik dengan iklan-iklan yang dilihat atau didengar.
 
cikgusaham

 

Terdapat iklan-iklan yang mencanangkan betapa mudahnya menjana pendapatan daripada pasaran saham, boleh menggunakan modal yang kecil untuk membuat keuntungan di pasaran saham dan sebagainya.

 

Bakal pelabur mahupun pedagang saham perlu menghadiri kursus atau seminar tersebut untuk mendapatkan penerangan dan maklumat lanjut dan bukan terus melabur saham tanpa penerangan dan ilmu yang secukupnya.Kebanyakan bakal pelabur dan pedagang ini biasanya ingin menjimatkan kos yuran pembelajaran saham. Mereka terus pergi buka akaun CDS dan terus membuat pembelian saham di pasaran saham Bursa Malaysia.

 

Maka, mereka tidak mendapat cukup maklumat, penerangan dan bimbingan sebelum membuat keputusan beli dan jual saham. Maka apabila saham yang dibeli harganya tidak naik maka mereka tidak dapat merujuk kepada sesiapa.Apabila telah tersilap dalam membuat pembelian atau penjualan saham maka emosi akan terganggu kerana apa yang diharapkan tidak menjadi. Apa yang dicanangkan di dalam iklan-iklan tersebut tidak tercapai.

 
3.  Mempercayai individu yang bukan arif dan tidak berpengalaman

Cikgu Saham pernah disapa oleh seorang pengikut di halaman Facebook Cikgu Saham Fans yang memberitahu dia mengalami kerugian dalam pelaburan saham.cikgusaham

 

Apabila ditanya bagaimana dia membeli saham-saham tersebut, dia menyatakan bahawa dia mengikut saranan seorang rakan. Maka Cikgu Saham bertanya kepadanya adakah rakan tersebut merupakan seorang pakar atau berpengalaman lama dalam pasaran saham?

 

Dia menyatakan bahawa rakannya itu hanyalah orang biasa yang baharu juga menceburkan diri dalam pasaran saham. Dan Cikgu Saham juga bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak merujuk balik pegangan saham tersebut kepada rakannya itu, dia menjawab bahawa rakannya itu juga telah mengalami kerugian saham yang sama seperti yang dibelinya.

 

Maka, dia sekarang di dalam dilema kerana potfolio pelaburan saham yang dipegang telah susut nilai dan dia tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan potfolio tersebut. 


4. Mengikuti terlalu banyak kelas atau kursus pendidikan tentang pelaburan saham

Tidak dinafikan, newbie ini agak ghairah untuk mahir dalam bidang pelaburan saham dalam tempoh yang singkat. Mereka ingin hadam semua ilmu saham dalam tempoh yang singkat dan tidak mempunyai kesabaran untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham.
 
cikgusaham

 

Walhal, pasaran saham sentiasa ada sampai bila-bila. Mereka ini tergesa-gesa mengikuti pembelajaran saham walaupun terdapat banyak perkara yang dipelajari itu masih belum betul-betul difahami atau dalam erti kata lain mereka masih belum lagi mahir membaca carta pergerakan saham, tidak tahu mencari maklumat pasaran atau meramal sentimen pasaran dan sebagainya. 

 

Dalam proses pembelajaran dengan pelbagai tenaga pengajar dalam tempoh yang singkat maka mereka tidak dapat menilaikan yang mana satukah yang sesuai dengan diri mereka.Sama ada ilmu yang dipelajari itu sesuai untuk dagangan jangka singkat atau panjang.

 

Ada yang belajar ilmu saham untuk pembelian jangka masa panjang tetapi mereka praktikkannya untuk urus niaga singkat. Setiap tenaga pengajar mempunyai kefahaman, pendirian dan ideologi yang berbeza.
 
Maka, dengan mengikuti pelbagai ilmu dari berbagai individu dalam jangka masa yang singkat tidak mungkin dapat menjadikan seseorang itu mahir dalam bidang saham dalam tempoh yang singkat. Malah, ia menjadi lebih celaru, keliru dan akhirnya menjurus kepada tindakan yang silap. 


Kita sambung topik ini lagi pada minggu hadapan. - DagangNews.com
 

 

Cikgu Saham Zuraida juga merupakan penulis buku saham "Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham'. And yang berminat boleh dapatkan buku ini dengan hubungi talian 017-3084787.

 

 

KOLEKSI CIKGU SAHAM:

Jangan panik semasa bursa tidak menentu

Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga

Apakah kesan ke atas Bursa Malaysia bila tercetus kerajaan mahu perketat semula PKP?

 

 

 

 

 

Portfolio Tags