Sheikh al Maktoum bagi tugasan mendadak | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 25 February 2021

Sheikh al Maktoum bagi tugasan mendadak

 

 

MOHAMMAD GERGAWI menelefon. How are you? How’s your new job?” Saya berkata semuanya baik. Kawan-kawan baru semuanya bagus.

 

Dia tergelak. Look! I have several jobs for you, direct from Sheikh Mohammed Al Maktoum!”

 

Saya terkejut tetapi teruja. 

 

First, he wants you to look into an organisation from Europe asking donation for disabled people.

 

What do I have to do?”

 

Gergawi
Mohammad Gergawi

 

I give you one week to study the organisation and write a report whether the company should receive Sheikh Mohammad donation or not. They are asking for a million USD!”

 

Saya lagi terperanjat. Satu juta USD..!!!

 

I’ve told Sheikh Mohammad about you, a person can be trusted and quick for the job. Hamed Kazim believe in you and we all believe in you!”

 

Saya gembira dengan pujian itu. Sheikh Mohammed pada masa itu Crown Prince atau Putera Mahkota Dubai dan orang paling berkuasa. Lebih berkuasa dari abangnya yang menjadi Raja Dubai.

 

wainouimata
Sheikh Mohammed al-Maktoum

 

“That’s the first job, some more for you?

 

“Do I have to tell my boss about this?” Saya bertanya.

 

“No, keep it a secret. I’ll email the details!”

 

Saya terdiam.

 

Mohammad Gergawi meletakkan telefon.

 

Kenapa perlu berahsia? Saya pelik dan hairan. Sukar untuk memahami. Saya tidak tahu bagaimana Mr MR akan menerima berita ini. Saya akan melaporkan kepada dua orang untuk kerja berlainan.

 

Saya mendapat kerja tambahan. Telah ada lima kerja dengan jabatan pembangunan bisnes dan korporat. Kerja baru dengan Sheikh Mohammed yang lebih untuk memikirkan.

 

Pening kepala.

 

Saya terpaksa meminta tiga quotations atau sebut harga untuk 1stdubaiinternetcity. Memikirkan bagaimana konsep dan idea. Ketiga-tiga kontraktor datang menemui saya. Kesemua orang putih.

 

Ini adalah projek pertama di Dubai dan UAE. Saya harus menentukan keberhasilan dengan bayaran yang setimpal untuk start-ups. Boleh untung untuk tiga tahun. 

 

wainouimata
BANGUNAN pejabat IBM di Dubai Internet City.

 

Saya pada mulanya berfikiran dengan idea agak banyak. Setelah berbual dengan MR dan DG saya mula fokus. 1stdubaiinternetcity adalah platform yang membolehkan para usahawan dan start-ups, memupuk inovasi dan membantu idea baru mencapai pasaran.

 

Juga menawarkan lima faedah utama, yang merangkumi kerangka kerja perniagaan yang mantap, latihan dan bimbingan, rangkaian, peluang pelaburan, dan makmal, studio dan ruang kerja kreatif yang menonjol.

 

Tiga pusat inovasi khusus 1stdubaiinternetcity, disesuaikan dengan Teknologi, Reka Bentuk dan Media, menyediakan pelajar, usahawan dan start-ups yang bercita-cita tinggi dengan akses kepada komuniti minda kreatif, memudahkan pertukaran pengetahuan yang berterusan dan mendedahkan ahli kepada amalan terbaik dan pemikiran terkini dalam menjalankan perniagaan yang berjaya.

 

Saya mula merancang sambil bertemu dengan kontraktor. Bukan mudah untuk melontarkan idea untuk menggubah platform dan pejabat.

 

Mandat untuk membantu syarikat-syarikat inventif berkembang di dalam negara, sehingga mereka membuat perbezaan nyata di seluruh dunia, dengan menyediakan persekitaran yang memungkinkan perniagaan.

 

1stdubaiinternetcity menawarkan ruang kerja, latihan dan bilik mesyuarat yang baru, pendedahan yang tiada tandingannya kepada pelabur tempatan, serantau dan antarabangsa serta aliran aktiviti bimbingan dan kelestarian yang berterusan seperti seminar, sesi latihan dan bengkel.

 

Pusat inovasi ini dirancang untuk menawarkan 5 faedah utama untuk menyokong peningkatan jumlah pelajar, usahawan dan start-ups yang ingin mendapatkan idea baru di pasaran kompetitif Dubai.

 

wainouimata

 

1stdubaiinternetcity adalah rumah bagi makmal pintar yang menawarkan asimilasi penyelidikan yang memberi akses kepada start-ups untuk teknologi dan peranti canggih. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup melalui latihan membina komuniti yang dirancang.

 

Turut menggabungkan usaha industri, institusi pendidikan, kerajaan dan inovator masyarakat untuk mencipta dan menyediakan penyelesaian sebenar untuk cabaran semasa dalam industri teknologi.

 

Saya berpuas hati dengan perancangan dan melapur pada jabatan untuk rujukan dan peristiharan rasmi.

 

Lulus dengan cemerlang. Mereka tidak menyangka saya boleh berfikir sebagai usahawan dan ahli korporat.

 

Saya tahu dari TV3 lagi saya mempunyai idea yang banyak tetapi tidak dapat sampaikan secara menyeluruh. Dengan kerja sebagai pengarah pantai timur dan Malaysia timur sudah cukup untuk saya sibuk.

 

Peluang yang diberi oleh Dubai Internet City ternyata mencabar minda dan fikiran.

 

Begitupun kerja Sheikh Mohammed, saya tidak lupa untuk mendapatkan maklumat mengenai organisasi kebajikan Jerman yang diberi oleh Mohammad Gergawi. Saya mengkaji arah organisasi yang menjaga OKU tanpa saya sedar akan menjadi seorang OKU akhirnya. Saya mulanya pesimistik dan kurang percaya.

 

Saya terpaksa bertungkus lumus untuk menyiapkan laporan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Hamed Kazim dalam bahasa Inggeris yang amat tinggi sebagai lulusan Harvard. Saya menulis dengan bahasa Inggeris yang tinggi untuk difahami.

 

Kebolehan saya menulis diperakui oleh semua hingga Mohammad Gergawi sendiri. Saya tidak mendapat kepujian bahasa Inggeris dalam SPM tetapi di New Zealand saya terpaksa belajar dengan betul. Dari Shakespeare dan saya meminati ramai penulis Inggeris.

 

Di Universiti Waikato, perpustakaan menjadi rumah kedua tempat saya membaca buku-buku fiksyen dan non-fiksyen. Sampai malam hingga perpustakaan tutup pukul 10. Siap solat dibawah tangga dan makan di kantin. Begitulah hampir setiap hari.

 

Di TV3 juga, perpustakaan menjadi tumpuan dengan buku-buku dan majalah. Saya ingat hanya saya seorang selalu di perpustakaan.

 

Saya mula merasa kembali untuk bekerja dengan lebih mendalam dan sungguh-sungguh, di antara jabatan pembangunan bisnes dan korporat dan suruhan Sheikh Mohammad.

 

1stdubaiinternetcity adalah usaha saya yang pertama untuk menghasilkan pusat perniagaan yang lengkap untuk start-ups dalam masa lima bulan!

 

Mohd Fudzail Mohd Nor adalah Karyawan Tamu di UniSZA dan telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

BACA JUGA WAINUIOMATA : Aktif gerakan reformasi 1999, TV3 buang kerja!!!

dan

Gergawi tanya : Are you on the take?

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags