Syed Saddiq kekal pengakuan tidak bersalah kes ubah wang haram | DagangNews Skip to main content

Syed Saddiq kekal pengakuan tidak bersalah kes ubah wang haram


KUALA LUMPUR 10 Sept - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000.

 

Syed Saddiq membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin hari ini.

 

Prosiding hari ini merupakan sebutan semula dua pertuduhan bersubahat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berikutan pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru, lapor Sinar Harian.

 

Pada 5 Ogos lepas, pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau MUDA  itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram dan minta dibicarakan dengan tuduhan berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - DagangNews.com