Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia | DagangNews Skip to main content

Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia

KUALA LUMPUR 4 Dis - Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam ini.

 

Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad ketika mengesahkan berita berkenaan berkata, Sabbaruddin,80, sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

 

"Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 malam lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.

 

"Kami pun sudah memaklumkan berita itu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) yang kini berada di Sarawak," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

 

Beliau berkata, segala urusan jenazah termasuk pengebumiannya dijangka akan dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.


 

PM
Ismail Sabri bertemu Allahyarham Sabbaruddin Cik pada 21 Oktober 2021.

 


Ismail Sabri sebelum ini pernah menyifatkan Sabbaruddin Chik sebagai sifu dan mentor politik yang tidak mampu dibalas jasanya. - DagangNews.com