Tanjung Ratna, Maxis bekerjasama sedia khidmat jalur lebar di Admiral Residences | DagangNews Skip to main content

Tanjung Ratna, Maxis bekerjasama sedia khidmat jalur lebar di Admiral Residences

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Tanjung Ratna Sdn. Bhd. melantik Maxis, penyedia penyelesaian telekomunikasi terkemuka sebagai rakan kongsi bagi menyediakan perkidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di kondominium Admiral Residences, Melaka.

 

Bangunan yang direka Australian Arch setinggi 1,069 kaki itu ditawarkan pada harga mampu milik serendah RM347,000 atau hanya RM324 sekaki persegi.

 

Terletak di Kota Laksamana kondominium itu juga akan menyediakan salinghubungan jalur lebar gentian berkelajuan tinggi untuk digunakan oleh penduduk sebaik berpindah masuk.

 

Ketua Pegawai Operasi Tanjung Ratna, Allan Chee berkata, perkhidmatan tersebut dapat dinikmati penduduk Admiral Residences untuk lima tahun akan datang secara percuma menggunakan perkhidmatan 1.5Gbp Maxis. 

 

Katanya, Admiral Residences dijangka menjadi kondominium pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan itu.

 

“Inisiatif Tanjung Ratna ini juga selaras dengan objektif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) agar rakyat Malaysia dibekalkan dengan infrastruktur komunikasi yang komprehensif dan inklusif, serta ekonomi digital melalui pemerkasaan maklumat dan komunikasi di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

tanjung

 

Admiral Residences ialah kondominium kediaman pertama dan satu-satunya yang dibangunkan di atas tanah kediaman seluas 4.86 hektar yang terletak 2km dari pusat bandar Melaka, pembangunan itu terdiri daripada empat blok kondominium setinggi 27 tingkat dengan tempat letak kereta empat tingkat untuk menempatkan 1,440 unit rumah.

 

Tanjung Ratna juga akan memasang panel solar di atas bumbung kesemua empat blok Admiral Residences yang berpotensi mengurangkan penggunaan elektrik kira-kira RM400,000 setahun dan membantu mengurangkan caj penyelenggaraan pemilik kondominium.
 

Pemaju juga telah menandatangani perjanjian dengan pengeluar lif Korea, Hyundai Elevator untuk  menyediakan lif ‘drive regenerative’, dengan mod automatik untuk menjadi lebih cekap tenaga  dan mesra untuk warga emas dan penyewa kurang upaya.

 

Jumlah pembangunan kasar (GDV) projek berkenaan adalah sebanyak RM530 juta dan kini hampir 90% terjual dan fasa pertama projek itu dijangka siap menjelang suku 4QFY22. - DagangNews.com