Yoodo bawakan PUBG Mobile Campus Championship 2021 | DagangNews Skip to main content

Yoodo bawakan PUBG Mobile Campus Championship 2021

 

KUALA LUMPUR 15 Okt –Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital yang pertama di Malaysia, sekali lagi bekerjasama dengan PUBG Mobile bagi menganjurkan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) edisi 2021 dengan hadiah keseluruhan RM60,000 untuk dimenangi!

 

Kejohanan khas untuk pelajar pengajian tinggi tersebut turut disokong oleh Rakan Telefon Pintar Rasmi, Xiaomi; Rakan Rasmi, Viu; dan Rakan Corn Strips Rasmi, Mission Foods.

 

PMCC 2021 dijangka akan menarik lebih 1,000 pelajar kolej dan universiti dari seluruh Malaysia.

 

Mereka akan bertarung dalam pertempuran maya yang penuh aksi untuk merebut hadiah wang terkumpul, slot wildcard untuk penyertaan automatik ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2022, serta kredit dan barangan eksklusif Yoodo.

 

Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata, pihaknya berbesar hati dapat melancarkan PMCC 2021 bersama PUBG MOBILE dan rakan-rakan rasmi untuk menyokong bakat muda tempatan.

 

Menurutnya, walaupun negara masih lagi berhadapan dengan cabaran pandamik ini, e-sukan secara uniknya telah membuktikan ia bukan sahaja mampu bertahan, malah terus berkembang dengan pesat.

 

‘’Sebagai peneraju syarikat telekomunikasi digital di Malaysia yang sentiasa ingin mencungkil bakat baharu, Yoodo sedia melakukan inisiatif untuk memartabatkan komuniti e-sukan serta bakat-bakat baharu ke arah peringkat yang lebih tinggi,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Esports Tencent Malaysia, Gaga Li berkata, pihaknya sangat teruja untuk membawakan aksi-aksi hangat PUBG Mobile kepada pelajar-pelajar Malaysia Yoodo.

 

“Tencent dan Yoodo sama-sama berkongsi minat dan dedikasi dalam arena e-sukan. Kami bangga dapat bekerjasama dengan Yoodo untuk melancarkan PMCC 2021 dan kami mengharapkan satu lagi kejohanan yang menarik dan berjaya tahun ini,” ujarnya.

 

PMCC tahun ini juga menyaksikan Caster Search Yoodo yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada 2020 kembali pada tahun ini.

 

Inisiatif ini memberi peluang kepada para pengulas yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kemahiran mereka dan memulakan karier masing-masing dalam bidang e-sukan, dan dalam masa yang sama turut menyokong matlamat utama Yoodo untuk memupuk bakat rakyat Malaysia.

 

Yoodo turut menyokong bakat tempatan dengan pencarian duta kampus PMCC 2021 – segmen pencarian bakat baharu dalam usaha mencari mereka yang layak untuk menjadi duta kejohanan tersebut.

 

Pelajar-pelajar berbakat yang memenuhi ciri-ciri sebagai ikon PMCC 2021 boleh menghantar penyertaan melalui video pengenalan untuk disenaraikan.

 

Sementara itu, para gamer yang terdiri daripada pelajar akan bertarung dalam di medan pertempuran melalui sessi kelayakan yang akan berlangsung di antara 30 Oktober – 14 November 2021. Lima pasukan yang layak akan terus bertarung mengikut zon-zon seperti berikut:
 

  • Kawasan Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya)
  • Selatan (Melaka Negeri Sembilan, Johor)
  • Utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak)
  • Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
  • Borneo (Sabah, Sarawak Labuan)
     

Dari sini, 16 pasukan teratas dan terbaik negara akan bertempur di pertandingan akhir PMCC 2021 pada 20 - 21 November 2021.

 

Para peminat boleh menyaksikan aksi pertempuran di skrin masing-masing kerana kejohanan ini akan disiarkan secara digital pada 30 Oktober (kelayakan Borneo), 31 Oktober (kelayakan Timur), 5 November (kelayakan Utara), 6 November (kelayakan Selatan), 7 November (kelayakan Kawasan Tengah), 13 – 14 November (Liga PMCC) dan 20 – 21 November (pertandingan akhir PMCC) di laman Facebook Yoodo Esports.

 

Pendaftaran untuk PMCC 2021 kini dibuka. Para pelajar boleh melayari http://www.yoodo.com.my/pmcc2021 untuk mendaftar. – DagangNews.com