KFC perlukan Strategi Penyahpasaran “Demarketing” hadapi boikot | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 03 May 2024 07:00 AM

KFC perlukan Strategi Penyahpasaran “Demarketing” hadapi boikot

 

 

KFC Malaysia mengesahkan pengecilan operasinya susulan peningkatan kos perniagaan dan ingin memberi tumpuan kepada perdagangan dengan penglibatan tinggi.

 

Langkah yang yang diambil ini mungkin akan melibatkan penutup sementara cawangan terpilih. Pekerja dari kedai yang terjejas akan ditawarkan peluang untuk berpindah ke kedai mereka yang masih beroperasi.

 

Ini merupakan satu strategi yang dinamakan penyahpasaran (demarketing) yang diambil bagi tujuan sesuatu syarikat untuk memulihkan kerosakan pasaran yang disebabkan oleh ancaman ancaman boikot pengguna, masalah alam sekitar dan jejak karbon dalam aktiviti sosial dan ekonominya.

 

Strategi ini akan memberi kesan kepada peralihan penggunaan orang ramai contohnya dalam keadaan ini operasi akan di kecilkan dan hanya perlu berada pada sasaran pasaran strategik yang terkini.

 

Kita tahu “demarketing” ialah strategi pemasaran yang bertujuan untuk menecilkan operasi tetatpi dalam keadaan KFC boikot bukanlah faktor utama memandangkan kemerosotan kualiti produk dan pengabaian kualiti perkhidmatan pelanggan telah lama berlaku.

 

Sebenarnya penyahpasaran ialah proses yang membolehkan syarikat tersebut menghasilkan produk yang lebih  berkualiti dan memenuhi selera pengguna terkini.

 

 

 

wainuiomata

 

 

Dengan mengecilkan skop operasi KFC dilihat lebih mampu mengstruktur semula dan menghasilkan produk berkualiti serta mempunyai kelebihan dalam memasuki segmen pasaran baru dan memperoleh peluang daripada pasaran tersebut.

 

Produk yang berkualiti yang terkini pastinya  dapat membina kepercayaan semula para pelanggan KFC dan menarik minat mereka untuk membeli produk tersebut.

 

Ini akan membantu meningkatkan semula jualan dan pendapatan syarikat tersebut serta membantu mereka untuk memperluas pasaran mereka.

 

KFC perlu sedar yang citarasa pengguna telah berubah mengikut zaman dan kuasa beli pengguna juga semakin berkurang dan tidak hanya menyalahkan isu boikot. Pengguna kini mencari produk yang menepati nilai perbelanjaan mereka.

 

KFC perlu sedar akan perbezaan akan citarasa pelanggan mereka di awal penubuhan dan zaman ini. Citarasa pengguna yang berubah secara dinamik menjadikan lini produk KFC mungkin tidak lagi mendapat sambutan.

 

Penyahpasaran adalah satu proses bagi KFC membangunkan strategi untuk mengurangkan penggunaan produk untuk mengecilkan operasi dalam memperbaharui tawaran mereka.

 

Walaupun pemasaran tradisional sering menggalakkan pelanggan membeli lebih banyak produk, penyahpasaran bertujuan untuk mengehadkan capaian sesuatu produk.

 

 

 

 

KFC boleh menggunakannya stategi ini dalam pelbagai situasi untuk mengawal penggunaan produk, harga atau permintaan.

 

Mereka mungkin menggunakan strategi ini atas banyak sebab, termasuk untuk menjimatkan sumber atau meningkatkan permintaan. Terdapat beberapa jenis strategi penyahpasaran yang boleh diguna bagi mencapai tujuan yang berlainan.

 

Bagi sesebuah syarikat seperti KFC mereka perlu melakukan kajian pasaran terkini dengan teliti dan mengenal pasti kehendak pasaran semasa.

 

Kajian ini harus meliputi penyelidikan terperinci mengenai keperluan dan kehendak pengguna, kualiti produk mereka yang beredar dalam pasaran, piawaian kualiti dan konsep serta suasana kedai mereka.

 

Dengan memahami keperluan pasaran semasa, KFC dilihat mampu membangunkan produk yang sesuai dengan keperluan pasaran terkini dan memenuhi standard yang diperlukan pelanggan.

 

KFC juga perlu mengambil kira isu-isu kelestarian dan kebolehpercayaan dalam pengeluaran produk mereka serta perkhidmatan pelanggan yang mesra pelanggan.

 

Pasaran dan selera pengguna era baru dilihat semakin peka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kelestarian, keselamatan dan kesihatan, oleh itu KFC boleh lebih fokus dan kompak bagi memastikan produk mereka memenuhi piawaian dan citarasa pengguna baru yang dilihat lebih mengutamakan nilai produk dan alam sekitar.

 

KFC jupa boleh melihat nilai sebenar bagi perkhidmatan pelanggan dan bukannya terletak pada hasrat dan kata-kata yang banyak terdapat pada piagam pelanggan, banner, broser dan bebagai kaedah pengiklanan oleh syarikat, tetapi adalah keupayaan yang dimiliki serta perlaksanaannya yang efektif oleh syarikat itu sendiri.

 

 

unisza

 

 

Seterusnya usaha untuk membina strategi bahawa perkhidmatan pelanggan yang cemerlang mestilah berciri mesra pelanggan dan menjadi tanggungjawab semua unit dalam syarikat tersebut dalam penghasilan dan penyampaian produk kepada pelanggan.

 

Akhirnya melalui strategi penyahpasaran ini KFC dapat memberikan fokus baru bahawa perkhidmatan pelanggan sebenarnya melibatkan aspek dalaman dan luaran sesebuah syarikat.

 

Aspek dalaman merangkumi kesemua proses kerja di dalam ruang lingkup syarikat yang terlibat dengan pengendalian produk.

 

Sementara aspek luaran pula merangkumi tindakan-tindakan mereka bagi menawarkan produk di pasaran serta bagaimana ia mempengaruhi tanggapan pelanggan terhadap KFC.

 

Dengan mengambil langkah ini syarikat syarikat yang kini menghadapi masalah kemerosotan pasaran akibat boikot dan masalah pengecilan pasaran lain dapat mengubah strategi mereka untuk cemerlang semula. - DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

 

dagangnews