Tutup TikTok Shop atau perkasa produk tempatan?
Kerajaan seharusnya komited untuk membina ekosistem perdagangan elektronik (e-dagang) yang lebih adil, sihat dan bermanfaat. Isu tutup TikTok Shop menjadi mimpi ngeri buat peniaga-peniaga kecil di negara ini berikutan ia telah ditutup di Indonesia.
Sejauhmana kerajaan Malaysia akan ikut jejak langkah negara jiran itu masih menjadi tanda tanya dan langkah-langkah lebih positif perlu diketengahkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau mendakwa menerima aduan daripada orang ramai yang melahirkan kebimbangan mengenai tindakan itu, sambil menambah beberapa kedai besar turut membangkitkan isu persaingan harga produk yang dijual melalui platform TikTok Shop.
Jika kita mengambil kira perkembangan platform digital perniagaan di negara ini, TikTok Shop hanya merupakan sebuah platform digital dan yang menjadi masalahnya ialah barangan yang dari luar negara mendapat sambutan berbanding barangan tempatan di platform dalam talian ini.
Maka yang bermasalah dalam keadaan ini adakah platform perniagaan digital atau konsep barangan yang diniagakan?
Mewujudkan satu ekosistem e-dagang yang lebih adil, sihat dan bermanfaat dengan mengambil kira perkembangan teknologi yang dinamik pasti menjadi tumpuan semua kerajaan.
Peraturan-peraturan yang diwujudkan ini juga seharusnya bertujuan menyokong pemerkasaan perusahan kecil sederhana dan perniagaan perdagangan lain melalui sistem elektronik berasakan domestic. Ini akan meningkatkan perlindungan pengguna dan juga pengusaha tempatan.
Seharusnya satu usaha bersepadu harus dilakukan untuk memperbaiki kualaiti dan mutu setiap barangan yang ingin menyertai peredaran barang di platform atas talian atau dengan kata lain menetapkan satu piawaian. Piawaian itu mungkin akan memenuhi memenuhi piawaian, baik peringkat nasional mahupun piawaian lain.
Satu usaha untuk merealisasi serta membangunan model perniagaan IKS yang berpotensi memanfaatkan data media sosial dan maklumat perlu diusahakan oleh pihak yang mengurus perusahan kecil sederhana di Malaysia.
Usaha usaha melindungi dan perkasakan IKS memerlukan kaedah strategic dan tidak boleh dilihat mengekang atau tidak mesra perkembangan teknologi. Ini adalah supaya keupayaan IKS dapat ditingkat, seterusnya perkasakan daya saing ekonomi dalaman negara. Akhirnya ini akan dapat memenangi persaingan serantau dan global.
Kehadiran model perniagaan yang membolehkan IKS berdiri sama tinggi dengan tawaran produk antara bangsa semakin diperlukan untuk memastikan mekanisme persaingan perniagaan berfungsi dengan baik, mewujudkan budaya perniagaan yang sihat, dan meningkatkan daya saing dalam kalangan pelaku perniagaan di medan platform digital.
Justeru itu satu usaha yang memfokuskan gerak kerja yang tidak hanya tertumpu kepada aspek penguatkuasaan terhadap platform digital sahaja adalah diperlukan.
Agensi kerajaan yang dipertanggungjawabjkan untuk memperkara produk IKS tempatan mesti mengimbangi perkara ini dengan memperkukuh pencegahan dengan menyediakan garis panduan yang jelas dan tepat kepada pelaku perniagaan tentang kualiti barangan.
Selain itu, pihak berkepentingan juga harus meningkatkan pemahaman pengusaha IKS, dengan memberikan pendidikan tentang teknik perniagaan yang terkini, sehingga dapat menciptakan iklim persaingan usaha yang semakin kondusif di Malaysia sesuai dengan perkembangan platform digital.
Dalam era revolusi industri generasi keempat atau 4.0, terdapat anggaran bahawa sistem ekonomi dan perniagaan konvensional akan berubah menjadi sesuatu yang baharu kerana perubahan digital.
Dengan perubahan persekitaran ini maka sudah tentu, suka atau tidak, pengusaha IKS tempatan perlu juga sedar bahawa terdapat keperluan untuk memperkasakan keupayaan mereka dan kekal relevan dalam proses pendigitalan.
Proses transformasi teknologi digital ini tidak sepatutnya dihalang kerana ia adalah perkembangan dalam persekitaran global. Pengusaha IKS perlu diberikan kefahaman bahawa perkembangan pendigitalan ini akan mengubah sektor perdagangan dan ekonomi secara keseluruhan.
Namun, di sebalik potensi manfaat luar biasa yang ditawarkan oleh ruang ekonomi digital, usaha untuk mempercepatkan penggunaan teknologi digital dalam perniagaan IKS bukanlah mudah. Para pengusaha perniagaan yang boleh memanfaatkan teknologi digital secara langsung adalah syarikat besar dengan modal besar jika tidak mendapat perhatian dan pengurusan strategi yang baik dari pihak berwajib.
Perubahan pantas ini mungkin akan memberi peluang kepada pengusaha IKS tempatan yang bersedia untuk menghadapi perubahan tetapi menjadi cabaran kepada penggiat perniagaan IKS yang mengambil sikap tunggu dan lihat.
Penggunaan media digital dan platform dalam talian terbukti sebagai salah satu kaedah positif yang boleh digunakan oleh IKS untuk mewujudkan peluang lebih besar untuk kejayaan dan kemampanan perniagaan sekiranya mereka cekal untuk berubah. - DagangNews.com
Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan
KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI