Jangan hanya pandai tuding jari, lebih baik cari ilmu | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Iktisad - 22 February 2022

Jangan hanya pandai tuding jari, lebih baik cari ilmu

 

AMBIL pembiayaaan Islam, dikata ‘back door riba’. Ambil akaun simpanan, dikata ‘no return’. Ambil takaful, dikata mahal. Ambil dana amanah islamik, dikata tidak untung. Semua negatif. 

 

Bila 'islamik' saja, semua negatif. Lupa habis halal dan haramnya. Habis? Ambil yang ada interest (faedah) itu adakah islamik? 

 

Sebab ia 'front door riba'. 'Back door riba' tak boleh, tapi 'front door riba' tak apa! Kata mereka.

 

Pada penulis, ini semua adalah alasan. Alasan si pemalas, si penyegan dan si jahil. Malas hendak cari fakta. Segan hendak bertanya dan jahil ilmu. Hangat diperkatakan dalam sosial media ungkapan negatif sebegini.

 

Pertama:
"Banyak diskusi anak muda di media sosial secara santai. Yang beri hujah kritik perbankan Islam ramai dah bagi soalan, tapi kalau yang menyokong perbankan Islam jadi defensif, tak address issue, yang rugi masyarakat."

 

Ulasan:
Pada hemat kecil saya, mencari ilmu kurang molek bertanya dengan melontarkan soalan dalam FB/Linkedin/Twitter sebegini. Dan mengharap orang ramai yang membaca untuk menjawabnya. Adalah malang dan mudarat jika terdapat jawapan-jawapan sesat yang seterusnya akan menyesatkan lagi pembaca-pembaca media sosial. Sebenarnya, soalan-soalan yang dilontarkan di atas hanya mampu dijawab oleh individu (atau mujtahid) yang ada kefahaman syariah dan teknikal. Pada penulis, mencari ilmu kenalah berguru dengan guru-guru berkelayakan yang majoritinya berilmu dalam syariah dan teknikal. 

 


Kedua:
"Zaman sekarang boleh kata ramai profesional/ahli akadmeik keluarkan artikel dalam Facebook/Twitter/portal berita, bukan saja terbitkan jurnal."

 

Ulasan:
Kaedah untuk menimba ilmu boleh dilaksana secara bersemuka atau secara dalam talian. Namun, pembelajaran kita itu kenalah ada guru. Guru akan memberikan bimbingan agar tidak terpesong dari mentafsir ilmu yang dibaca dan dikaji. Guru akan tapis ilmu untuk mendapatkan ilmu yang tepat lagi manfaat.

 

 

Ketiga:
“Rumah tidak siap, pemaju buat hal, kenapa pula pembeli kena tanggung akibatnya. Islamik ke macam ini?”

 

Ulasan :
Berkaitan rumah terbengkalai, penulis akan menunding jari kepada 3 pihak. Pihak pertama ialah pemaju yang mungkiri janji untuk menyiapkan rumah. Kedua ialah pelanggan bank sendiri, kerana membuat keputusan terburu-buru membeli rumah dari pemaju 'Pak Kadok' sebegini. Seharusnya pembeli mencari pemaju yang ada kelayakan dan pengalaman membina rumah dan bukannya mencari yang tidak mempunyai pengalaman. Jangan tertipu dengan pemaju yang ambil kesempatan. Pihak ketiga ialah bank sendiri. Penulis menyaraankan agar bank menapis senarai pemaju sebelum meluluskan permohonan pembeli untuk pembiayaan perumahan mereka. Kesimpulan, usah salahkan sesiapa. Kalau hendak beli rumah pilihlah pemaju yang mampu siapkan rumah. - DagangNews.com

 

 

Dr Razli Ramli merupakan Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) Universiti Teknologi Malaysia dan juga Felo Adjung Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

utm
 

Portfolio Tags