Skip to main content

JDT peruntukan tiket Piala Malaysia bagi hargai jasa petugas barisan hadapan

Johor Darul Ta'zim (JDT) memperuntukkan tiket bagi petugas barisan hadapan untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia di antara JDT dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.-Gambar ihsan Facebook Johor Soutern Tigers.

 

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 18 Nov - Sebagai menghargai jasa petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19, Johor Darul Ta'zim (JDT) memperuntukkan sejumlah tiket untuk mereka yang bertuah menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di antara Harimau Selatan dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

 

"Pemberian tiket ini adalah selaras dengan titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar diberikan bagi menghargai jasa mereka kepada rakyat di negeri itu dalam memerangi pandemik COVID-19," kata kelab itu menerusi laman Facebook JohorSouthernTigers.

 

Dalam aksi pertama di Alor Setar, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan namun JDT dilihat memiliki kelebihan dengan memiliki rekod cemerlang di laman sendiri.

 

Dalam pada itu, penyokong diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Malaysia Football League (MFL) apabila hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan itu.

 

Katanya, hanya penyokong berusia 12 tahun ke atas dan telah lengkap divaksin sahaja dibenarkan hadir dengan menunjukkan sijil digital vaksin di pintu masuk dan saringan kesihatan akan dilakukan dengan pemeriksaan suhu badan.

 

"Penyokong disaran datang awal ke stadium bagi melancarkan proses saringan di pintu masuk. Mereka yang berumur 65 tahun ke atas tidak digalakkan hadir dan pastikan sentiasa memakai pelitup muka.

 

JDT

 

jdt2

"Aktiviti makan dan minum tidak dibenarkan di dalam dan kawasan stadium sepanjang perlawanan berlangsung dan tandas akan ditutup pada waktu rehat separuh masa," katanya.-Dagangnews.com