Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
[email protected]
KUALA LUMPUR 23 Dis - Vuse produk vape keluaran BAT berjaya meraih Anugerah Produk Lestari pada majlis Anugerah Kelestarian Produk SEAL 2021.
Anugerah itu diberikan sebagai mengiktiraf inovasi dan impak produk yang dibangunkan untuk tujuan kelestarian masa hadapan.
Ketua Pegawai Pemasaran BAT, Kingsley Wheaton berkata, pihaknya berbangga menerima Anugerah SEAL untuk Kelestarian Produk jenama Vuse.
Beliau berkata, pada 2021, Vuse diiktiraf produk neutral karbon bagi jenama vape dan ia meluaskan program kelestarian syarikat yang menyasarkan untuk menyingkirkan penggunaan plastik selain menghasilkan bungkusan yang boleh dikitar semula pada 2025.
"Kami berbangga kerana Vuse sudah menetapkan standard untuk produk lestari bagi kategori vape.
"Sebagai sebuah jenama terkemuka, ini adalah perkara yang tepat untuk dilakukan. Ia menunjukkan kami berada di landasan tepat untuk menghasilkan sebuah jenama global bersesuaian dengan matlamat untuk Membina Masa Depan Lebih Baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Anugerah SEAL merupakan organisasi pendidikan alam sekitar yang meraikan kepemimpinan menerusi kelestarian perniagaan dan anugerah kewartawanan alam sekitar.
Vuse diiktiraf penggunaannya oleh Vertis sebagai produk vape neutral karbon pada Mei 2021 dan BAT berhasrat untuk menjadikannya sebagai jenama mesra alam sekitar.
Penggunaan produk itu menjadikan BAT bercita-cita mewujudkan perniagaan neutral karbon menjelang 2030 dan menambahkan nilai terhadap produk rantaiannya menjelang 2050. - DagangNews.com