Jepun-Malaysia tandatangani Pengaturan Swap Dua Hala | DagangNews Skip to main content

Jepun-Malaysia tandatangani Pengaturan Swap Dua Hala

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Bank of Japan, yang mewakili Menteri Kewangan Jepun, dan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala atau ‘Bilateral Swap Arrangement’ (BSA) kedua. 

BNM dalam satu kenyataan berkata, BSA itu membolehkan kedua-kedua pihak menjalankan urus niaga swap mata wang tempatan masing-masing (iaitu yen Jepun dan ringgit) untuk dolar AS. 

“Pengaturan ini menyediakan sehingga AS$3 bilion untuk kedua-dua negara.

“BSA ini mencerminkan kerjasama kewangan dua hala yang berterusan antara Jepun dengan Malaysia yang akan menyumbang ke arah kestabilan pasaran kewangan. 

“Kerjasama ini akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan yang sedang berkembang antara kedua-dua negara,” kata BNM. 

Pada 5 Mei 2017, Bank of Japan dan BNM mengalu-alukan cadangan untuk menandatangani perjanjian prinsip atau ‘agreement-in-principle’  bagi memuktamadkan BSA bernilai sehingga AS$3 bilion.

Pengaturan yang bercirikan swap dua hala itu, akan menyediakan dolar AS melalui pertukaran mata wang apabila mendapat permintaan daripada negara masing-masing.- DagangNews.com