JPJ lanjut tempoh diskaun saman hingga 15 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia | DagangNews Skip to main content

JPJ lanjut tempoh diskaun saman hingga 15 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia


KUALA LUMPUR 11 Dis - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh tawaran pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus sehingga 15 Disember 2021 atau Rabu ini bersempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

 

Berita baik pelanjutan tempoh itu dimaklumkan JPJ melalui media sosial rasminya, hari ini.

 

"Orang ramai turut digalakkan membuat pembayaran tanpa tunai (cashless).


"Pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat JPJ Negeri, Cawangan JPJ dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) JPJ," kata kenyataan tersebut.

 

TERKINI 12 DIS 2021: PDRM lanjutkan tempoh diskaun 80% hingga 31 Disember 2021 

 

Pada Selasa, JPJ dan Polis DiRaja Malaysia menawarkan diskaun saman sehingga 80 peratus sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

 

JPJ memaklumkan, pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

 

Bagaimanapun, kes dalam perbicaraan dan berstatus waran tangkap serta kes yang masih dalam tindakan senarai hitam, tidak layak mendapat pengurangan tersebut. - DagangNews.com