Jualan airasia Super Sale kembali dengan lebih banyak tawaran | DagangNews Skip to main content

Jualan airasia Super Sale kembali dengan lebih banyak tawaran

KUALA LUMPUR 5 Julai - Jualan airasia Super Sale kembali lagi bermula 5 hingga 11 Julai dengan tawaran menarik untuk semua orang di ASEAN. Nikmati lebih banyak perkhidmatan di airasia super app dengan tawaran tambahan e-dagang, produk kewangan dan nilai terbaik untuk perjalanan penting.

 

Sepanjang tempoh Super Sale selama 7 hari, para pelanggan dapat menikmati diskaun sebanyak 30% daripada peniaga terpilih untuk penghantaran makanan di airasia food termasuk kombo hidangan Santan sepanjang hari hanya untuk RM7.90.

 

Terdapat juga diskaun hingga 67% untuk hidangan terpilih dari Santan, diskaun hingga 50% daripada peniaga terpilih di airasia fresh dan diskaun hingga 80% untuk barangan kecantikan seperti produk penjagaan kulit, solekan dan wangian di airasia beauty

 

Selain itu, dapatkan hingga 7,500 BIG Poin dan peluang untuk memenangi Fon Kepala Bluetooth Marshall MID A.N.C apabila anda memohon kad kredit atau pinjaman peribadi melalui airasia money. Selain itu, airasia Health menawarkan ujian RT-PCR daripada RM215 yang tersedia di Pusat Perubatan Subang Jaya.   

 

Umat Islam yang ingin menunaikan ibadah korban melalui IKHLAS, perniagaan mesra muslim juga boleh mengumpul BIG Poin untuk setiap MYR1 dibelanjakan di ikhlas.com atau aplikasi IKHLAS sepanjang tempoh Super Sale ini.  

 

Ketua Pegawai Eksekutif airasia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, jualan airasia Super Sale yang dinanti-nantikan kini kembali lagi dan airasia mempunyai pelbagai perkhidmatan tersedia untuk semua.

 

"Dengan kejayaan penubuhan lebih 15 perkhidmatan gaya hidup dan produk bukan penerbangan di Malaysia, kami bakal menjadi peneraju super app pilihan di ASEAN dengan pelbagai rancangan pengembangan menarik yang akan diumumkan di negara-negara lain tidak lama lagi.

 

"Nikmati pengalaman yang ditawarkan melalui airasia super app sekarang dengan jualan Super Sale ini dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran dengan nilai terbaik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif airasia super app, Amanda Woo berkata, nikmati lebih banyak tawaran berbanding jualan 7 hari yang lalu dengan tawaran istimewa pada hari terpilih bagi produk tertentu dengan diskaun tambahan.

 

Menurut beliau, nantikan tawaran terhad pada hujung minggu sempena hari terakhir jualan airasia Super Sale ini. Muat turun aplikasi airasia super app hari ini dan nikmatilah jualan ini.

  

Semua promosi sepanjang airasia Super Sale boleh didapati di airasia super app yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play Store selain daripada laman web airasia.com. - DagangNews.com