Skip to main content

Jumlah pengguna iQiyi meningkat 15 kali ganda dalam tempoh dua tahun

Tetamu VIP iQiyi bergambar bersama barisan selebriti tanah air yang hadir di Rumah Terbuka Jom Raya Setikar Bersama iQiyi.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Mei - Penyedia perkhidmatan penstriman video atas permintaan terkemuka Asia, iQiyi mengumumkan peningkatan sebanyak 15 kali ganda jumlah penggunanya dalam tempoh dua tahun.

 

Ia sekali gus menjadikan iQiyi sebuah platform penstriman video 'freemium' paling berkembang pesat di Malaysia. 

 

Selain itu, iQiyi juga adalah aplikasi penstriman video freemium nombor satu paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun 2021 membabitkan lebih 10 juta muat turun. 

 

Pengurus Negara iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam berkata, beliau berterima kasih kepada penonton di atas sokongan terhadap iQiyi sebagai platform hiburan pilihan mereka. 

 

"Kami kekal komited untuk menyediakan pelbagai hiburan Asia kepada dunia dan ia boleh diakses penonton antarabangsa, selain turut melabur dalam inovasi bagi menawarkan pengalaman tontonan yang menakjubkan untuk pengguna kami. 

 

"Rakyat Malaysia telah menikmati kandungan Asia di platform iQiyi yang menawarkan pelbagai pilihan rangkaian senarai kandungan utama dan terbesar Asia daripada kandungan anime tempatan hingga Korea, China dan Jepun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Terdahulu, iQiyi mengadakan 'Rumah Terbuka Jom Raya Setikar Bersama iQiyi' bagi menghargai sebahagian daripada pelanggan akses tahunannya.

 

 

iqiyi
Dinesh Ratnam

 

 

iqiyi

 

 

iqiyi

 

 

Majlis turut dihadiri beberapa selebriti terkemuka seperti Datuk AC Mizal, Siti Saleha, Eyka Farhana, Alvin Wong,  Ruhainies, Nasz Sally, Scha Elinnea, Gambit Saifullah, Hisyam Hamid, Syazwan Zulkifli, Phraveen Arikiah, Sherwyn Pang, Kryston Yang, Azfar Azri dan ramai lagi. 

 

Sebagai tanda penghargaan di atas sokongan berterusan, iQiyi turut menjemput peminat bertuah mereka yang telah memenangi peraduan “Strim & Menang”. 

 

Ketika ini, iQiyi menawarkan kandungan premium hebat sebanyak 4,000 judul menerusi platformnya. Tahun lalu, iQiyi menghidangkan penontonnya dengan rangkaian terbesar drama tempatan yang mencetuskan fenomena termasuk 7 Hari Mencintaiku 2, Cukup Derita Itu 2, Sabarlah Duhai Hati, Budak Tebing 2, Gerak Khas Undercover dan banyak lagi. 

 

 

iqiyi

 

 

iqiyi

 

 

iqiyi

 

 

Beberapa drama cinta popular China turut ditayangkan di iQiyi termasuk My Roommate is A Gumiho (Jang Ki-yong dan Hyeri), yang mana menjadi drama paling banyak ditonton di iQiyi Original setelah melepasi angka 100 juta tontonan di seluruh dunia. 

 

Dengan pertumbuhan pesat ini, iQiyi Malaysia berhasrat untuk menjadi pemacu utama dalam ekosistem kandungan tempatan dengan membina hubungan yang kukuh dengan pengguna dan juga rakan kongsinya. - DagangNews.com